Tuesday, January 3, 2017

Rezeki

Kalau dah nama bukan rezeki,
kau dah beli,
dah bayar,
dah masuk dalam mulut,
tetiba ada sekor kucing oren lalu,
kau tak nampak,
kau tersepak,
tersadung,
tercampak donat panas kau tu,
sebab memang tertulis,
bukan rezeki kau.

Rezeki rahsia Allah,
putaran hidup kita hari-hari.

Lain dengan jodoh.
bukan senario hari-hari.
bila once kau dah akad tu,
ha insyaAllah dialah jodoh kau.
ni aku belum cerita bab cerai-berai.
sebab cerita tu tak enak.

Sama jugak rezeki kerjaya,
dah pergi interview,
dah berjalan lancar,
kau nampak jalannya bercahaya,
kau dah dapat kata putus dari pengetua kata dia nak jumpa kau untuk stage kedua dengan senior principal,
kau tunggu panggilan,
kemudian kau dapat panggilan,
dia cakap dia akan call next week pulak,
kau tunggu lagi,
kesudahannya kau dapat email cakap kau tak berjaya untuk interview seterusnya,
kau terpinga,
eh kenapa pengetua tu bagi kau harapan cenggitu,
lepas tu kau ingat,
yelah pengetua tu bukan Tuhan,
walau dia izinkan,
tapi Tuhan tak izinkan,
hati kau diuji lagi,
diuji dengan keyakinan kau terhadap Ar-Razaq,
Al-Wahab.

Sebab Dia tahu ada benda lain lebih baik untuk kau.
Jadi Niena, teruskan berusaha,
Tanam dalam hati kau paling dalam,
Semua HANYA akan berlaku dengan IZIN-NYA,
bukan semestinya kemahuan kau.
Kau kena hadam.

Semoga pembuka 2017 memberikan yang terbaik untuk diri aku.
Tahun ni aku belum pasang azam.
Sebab aku terlalu depressed semenjak dua menjak ni.
Aku terbuai dengan tafsiran 'berjaya' dunia.
Aku lupa bukak kamus akhirat.

Doakan aku istiqamah.