Tuesday, November 29, 2016

Dinding Penghadang

Setiap hari kita berjumpa orang.
Kalau zaman sekarang, tak jumpa orang pun tetap akan jumpa.
Maksud aku di dunia maya.
Betapa banyak 'stragers' yang kita jumpa setiap hari.
Apa yang menyebabkan dia dan kita strangers?
Kerana antara kita dan dia tiada urusan.
Jadi tiada keperluan untuk dia dan kita berbicara justeru menjadi paling koman acquiatance. 
Jadi maknanya, manusia ni selfish lah? Sebab hanya akan berbicara atas dasar keperluan?
Tanpa bicara, dinding penghadang itu tak akan berjaya dirobohkan selamanya.
Hakikatnya ya.

Kalau kita lihat dari jauh, macam-macam kita boleh complain. Perempuan tu muka dia garang, hidung dia senget, mata dia sepet, ketiak dia busuk dan macam-macam lagi. Tapi cuba bayangkan, dia guru kepada anak kita di tadika. Tidakkah kita sedut benefit-benefit dari dia?
Hakikatnya ya.
Ish manusia ni, sudahlah selfish, parasite pulak tu.

Entah-entah strangers tu lah yang separti politik dengan kau. Nasib ada dia. Kalau tak, kurang satu undi parti pilihan kau.
Entah-entah strangers tu jugak lah yang sama pilihan artis gegar vaganza dengan kau. Kalau tak, belum tentu artis pilihan kau dapat ke final.
Entah-entah strangers  tu lah jugak pengguna Celcom macam kau. Kalau tak, belum tentu coverage Celcom seluas sekarang.
Entah-entah strangers tu lah peminat fanatik Zawara macam kau. Nasib ada dia. Kalau tak, belum tentu Zawara kebabom macam sekarang.

Dan pelbagai 'entah-entah' lagi.

Hakikatnya, kita tak akan pernah tahu apa fungsi kita pada strangers, dan apa fungsi strangers pada kita. Yang kita tahu, kita saling berfungsi. Jangan sampai gagal berfungsi.

No comments: