Wednesday, January 27, 2016

Fikir

Memang apa apa berlaku pun kena fikir.
Fikir yang berfikrahkan Islam adalah sebaik baik pemikiran. 
Buahnya mungkin lebih manis. 
Oh tak patut ada perkataan 'mungkin' di situ. 
Kerana ia merupakan suatu yang pasti. 
Bagi hambaNya yang benar benar yakin. 

Untuk senario hati, 
Dalami sahaja maksud sebenar perkataan 'qalbu'. 
Cukuplah mendapat jawapan. 
Sebab tu bahasa Arab ni bahasa Al-Qur'an sebab ia merupakan bahasa terindah. 

Kalau di usia macam ni hari-hari pun bicara soal jodoh. 
Entah dia sesuatu yang akan sentiasa spark biar dengan siapa pun kau bicara selagi usianya sebaya. 
Harap kau tak define 'sebaya' tu literally sebaya. 

Mungkin macam ni jugak dulu-dulu. 
Yang menjadi titik persamaan kau dengan playmates kau dulu mestila gasing, layang-layang, bayblade or whatever game yg tengah hit masa tu la kan. 

Kau masuk sekolah menengah pulak sibuk bercerita cinta monyet yang pada masa tu kau rasa itu lah cinta mati. 

Dah lepas usia typical teenager tu kau sibuk sembang topik course pulak dengan kawan-kawan kau. 
Yang medik dengan isu mediknya, 
Yang engineering dengan isu cabang engineeringnya. 
Begitulah. 

Matang sikit, kau mula mencari diri. 
Usrah antara topik hit. Tak kisahlah kau berusrah atau tidak, tapi topik tu sumpah hot

Dan bila dah berusrah, dah islamik sikit, kau mula nak berbicaa munakahat. Kalau dulu kau bersembang pasal kawin, sekarang tak main lah. Munakahat baru lah usrah sikit beb. 

Haha

Aku tak bercakap pasal orang pun. 
Aku bercakap pasal diri sendiri. 
Kalau ada yang boleh relate, high 5 sikit. 

Monday, January 18, 2016

Daddy dan Katherine

Al kisahnya Encik Mohd Sharif masih belum dapat menantu
Apatah lagi cucu
Jadi weekend Encik Mohd Sharif dihabiskan dengan menjaga 'cucu'nya, Katherine. 
Untung Katherine dapat tokwan macam tu. 

Setiap minggu Encik Mohd Sharif mandikan Katherine.
Vacuum Katherine. 
Ibu Katherine rasa seperti ibu tak guna tak ambik kisah welfare anak dia. 
Tapi bukan begitu, ibu Katherine penat dan cuti sehari seminggu itu memang digunakannya untuk bermalas-malasan. 
Tapi setiap kali ibu Katherine keluar ke porch rumah mereka dan melihat Katherine sedang bergembira dibelai atuknya, ibu Katherine rasa bersalah. 

Hari minggu hari tu Encik Mohd Sharif membawa anak-anaknya shopping di Jusco dan beraktiviti family time. 
Encik Mohd Sharif kemudian membelikan 'pakaian' untuk cucu kesayangannya itu. 
Sayang sungguh Encik Mohd Sharif pada cucunya. 

Ini baru 'cucu', kalau cucu betul. 
Haha *senyum bahagia*

Sunday, January 17, 2016

Manusia tak sempurna

Dia sempurna
Bak pria idaman
Tapi
Ketidaksempurnaannya benar-benar tidak sempurna.

Dia tidak sempurna
Serba kekurangan
Tapi ketidaksempurnaannya itu benar-benar menyempurnakan.

Bagaimana ya?


Saturday, January 16, 2016

Jeda

Aku tidak mahu noktah mahupun tanda soal.
Kerana dua itu aku rasakan perit tebal
Seksa kalau ianya kekal.

Begini kita katakan jeda.
Sebuah escapism bersikap sementara. 

Pokok hanya sebatang pokok
Akal aku terkadang terlalu nakal untuk berfikir perkara bersikap mengheret diri ke sebuah memori

Sebuah perbualan terkadang minyingkap seribu satu persoalan
Satu persatu terurai
Seperti mengupas kulit bawang
Satu demi satu helai kau koyakkan
Bezanya kau akan terus koyak dan koyak dan koyak dan kau hadam
Sampai ada kala kau sendiri yang terkoyak

Bila kau urai seorang insan bernama manusia
Source nya bukan terbatas hanya pada ungkapan si punya badan
Tapi juga tingkah lakunya
Perilakunya dengan insan-insan sekeliling
Pemikirannya
Butir bicaranya
Dan percayalah
Kadang kala butir matanya juga kau kaji
Hidungnya kau teliti
Telinganya kau perhalusi
Oh itu pun kalau dia free hair


Tuesday, January 12, 2016

Gedik

Bila aku menggedik asyik nak post ni maksudnya aku memang tengah tak stable. 

Jangaaaaaaaaaannn. 

R selalu betul. 
Z selalu salah. 
Walaupun Z dan R terpisah oleh benua Australia, 
R sentiasa gah di mata dunia. 
Tapi Z tak. 
Z umpama kuman yang mendongak. 
Mungkinkah Z akan menjadi seorang pelarian akhirnya? 
Lari sejauh jauhnya. 
Kerana tanah yang dia pijak sudah tidak selamat lagi. 
Nantikan episod seterusnya.
Aku tak pernah skeptik pasal benda tu. 
Pada aku masing-masing lah. 
Asalkan masih lurus. 

Umpamanya dari T1 Seremban tu nak balik KMS. 
Lain teksi lain route dia ikut. 
Tapi semua sampai ke KMS ("gate B confirm") jugak in the end. 
Setengah suka jalan A sebab lengang sikit katanya. 
Setengah suka jalan B sebab dekat katanya. 
Setengah pulak suka jalan C sebab rare katanya. 
Dan begitulah juga jalan D, E dan F dan seterusnya. 

Tapi....
Hmm takpelah malas nak sambung. 
Rasa hhmm entah. 

Good night. 
Sweet deeams. 
Moga Allah rahmati kita semua. 
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini InsyaAllah.

Monday, January 11, 2016

Antara mimpi dan realiti

Semalam aku mimpi Harrison
Sedihnye. 
Harrison, I hope you are in a better place. 

And something happened just now that reminded me about that thing I dreamt dayssss ago. 

And I just got an offer.
Which I used to dream before. 
But I thought I could never make it true. 
But itulah, rezeki. 
Rupanya hari ni baru Allah makbulkan. 

Alhamdulillah. 

I will try my best to benefit the people Insya Allah. 

Saturday, January 9, 2016

Dream

I dream every night.
My thought is so adventurous that it could sometimes go through little tiny routes.

The best time to daydream is when I sink my head in the pillow.

Niena is in-denial.
Niena thinks a lot.
Niena doesn't want to think anymore.
Niena wants to read good books.
Niena wants to have good coffee.
Niena tells herself to learn a lesson.
Niena tells herself to be prepared for next year.
Niena tells herself to be strong.
Niena doesn't want to fall into the same s**t hole twice.
Niena wants to have her people.

Niena feels mixed up over so many things.

Oh ada tetamu. Huh baru nak tido.


Thursday, January 7, 2016

I enjoyed being around people. 
And still do. 
I hate the idea of being alone.
Walking alone especially. 
But now I found my joy sitting alone over a glass of iced hazelnut latte, reading book, thinking, reflecting. 

Petanda dah tua. 

Monday, January 4, 2016

Cerita Kerja #4

Laila sedang leka membaca buku bertajuk "Apabila Muallaf Bertanya" karangan Al-Jufri ketika dia tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 50-an. Lelaki itu terus berjalan ke arah produk-produk buatan Muslim yang ada di kedai itu. Madu-madu yang ada di situ ditelitinya satu persatu. Laila seperti biasa, melemparkan senyuman kepada pelanggannya. Lelaki itu kemudian bersuara

"Adik, madu mana yang asli adik?". Laila segera menjalankan tugasnya dan madu-madu itu diterangnya satu persatu.

"Pakcik tak rasa yang ni asli adik, kalau asli semut tak mai adik", kata pakcik itu. Laila yang agak kehilangan kata-kata menjawab "Oh yeke, saya pun tak pasti, tapi kalau ikut description, katanya asli", balas Laila sambil membelek-belek botol itu.

Pakcik itu meneruskan taklimatnya mengenai madu asli vs madu tak asli. Laila mula berasa tidak selesa tapi hanya mengiyakan sahaja. Kemudian, lelaki itu ke arah kordial rumpai laut yang tersusun di rak itu dan bertanya lagi "Adik, ni untuk apa dik?".

"Errr. entahla. Saya pun tak tahu", balas Laila jujur.

"Mana boleh macam tu adik. Adik tau nii. Saja buat-buat tak tau", pakcik itu meneruskan. Tergamam Laila mendengar jawapan itu. Terasa seperti pakcik tu sengaja hendak mengujinya.

"Betul la pakcik. Saya baru kerja seminggu. Mana la saya hafal lagi semua benda", jawab Laila. Nadanya sedikit tinggi menahan kemarahan.

"Yeke seminggu? Adik bukan adik tauke kedai ke?" pakcik itu meneruskan pertanyaan.

Geram Laila mendengar soalan itu. "Ish suka hati je orang tua ni buat kesimpulan", getusnya dalam hati. "Bukanlah pakcik. Saya pekerja je." balas Laila.

"Ala adik, tak payah lah menipu. Muka adik nampak macam ada share je. Cakap jela betul-betul. Bukan pakcik nak samun pun". pakcik itu menyambung dengan selamba. "Ok ini creepy", Laila bersuara dalam hatinya.

"Lah buat apa saya nak tipu pakcik. Betul lah saya pekerja je. Saya baru kerja masuk seminggu", Laila bersuara tegas.

Tiba-tiba ada seorang pelanggan wanita masuk dan segera Laila berpura-pura melayan pelanggan itu. Sebenarnya sudah lama Laila berdoa di dalam hati supaya Allah menghantar customer untuk Laila escape dari pakcik itu. Dari jauh, Laila memandang pakcik itu. "Ish, orang tua ni nak apa. Kenapa tak balik-balik lagi", gumamnya. Dia tahu pakcik itu hanya berpura-pura mahu membeli tetapi sebenarnya hanya datang untuk mengacau Laila.

Setelah customer wanita itu pergi, pakcik itu berterusan mengacau Laila. Tuhan sahaja yang tahu betapa seramnya Laila ketika itu. Dengan matanya yang memandang 'semacam', Laila berasa sungguh tak selesa. Sudahla mula bertanya soala-soalan pelik. Laila betul-betul rasa tidak tenang.

Tidak lama selepas itu, pakcik itu keluar meninggalkan kedai. Hampa mungkin kerana Laila mula menunjukkan tidak minatnya menjawab soalan-soalan pelik pakcik itu.

Setelah pakcik itu beredar, terus Laila mengeluarkan handphone dari poketnya lalu mengadukan hal itu kepada beberapa orang kawannya. Seperti biasa, si Laila seorang yang tidak boleh memendam. Kalau tak, boleh gila jadinya. Semua kawan-kawan Laila tahu perangainya yang sering menceritakan segalanya kepada mereka. Salah seorang rakannya itu membalas dan Laila berasa sedikit lega selepas itu. Baru sahaja perasaan trauma itu hendak berlalu, pakcik itu muncul lagi. Laila menjadi lebih takut kali ini sebab tiada langsung customer di dalam kedai itu ketika itu. Laila terfikir "jangan jangan dia ni memang usha je, nampak takde orang dia masuk". Fikiran buruknya itu ditepis cepat-cepat.

Pakcik : Adik, kurma ni jual macam mana?

Laila : *bebel-bel menerangkan harga kurma itu satu persatu*

Pakcik : Kurma zaman la (sekarang) ni baguih dah. Dulu mengarut. Depa dok ambik dari Cina.
*kemudian ceramah melayu vs cina nya bermula*

Laila seperti biasa, menyampah sungguh hendak melayan hujah kedai kopi pakcik itu, Kemudian pakcik itu tiba-tiba bercakap tentang hudud. Entah mana pokok pangkalnya.

Pakcik : Adik tau dak pasaipa depa dok tak mau buat hudud? Ingat senang ka nak buat hudud. kalau kita buat hudud ni, lagi senang orang nak rogol orang pompuan. Pasaipa adik tau dak? Pasai kena ada 4 orang saksi. Ingat orang kalau nak rogol orang nak buat kat tempat terbuka ka? Mesti depa cari tempat senyap-senyap nuh. Pulak tu, kalau ada saksi, munafik kita tak kira. Kalau adik kena rogol, adik rasa senang ka orang tu nak kena tangkap?

Laila : Ya Allah, apa pakcik ni merepek Ya Allah. Aku betul-betul rasa tak sedap hati ni. Kenapa dia pandang aku lain macam. *Laila hanya mampu merintih dalam hatinya. Riak wajahnya berpura selamba dan tenang*

Laila buntu mahu respons apa lalu dia meneruskan mesejnya dengan rakannya. Ketika pakcik itu terus membebel mengenai rogol dan sebagainya, Laila hanya menatap skrin telefon sahaja dan sesekali kepalanya diangkat dan mengangguk, berpura bersetuju dengan hujah pakcik creepy itu. Melihat tindakan pakcik itu yang masih belum mendapat signal 'talk to my hand' daripada Laila, Laila bingkas mengorak langkah ke arah buku-buku dan menyusunnya. Sesekali Laila berpura-pura menangkap gambar seolah-olah sibuk melaporkan sesuatu kepada bosnya.

Dengan izin Allah, tidak lama lepas itu, pakcik itu meminta diri. Laila hanya berkata "okay" namun mukanya langsung tidak dipalingkan kepada pakcik itu.

Doanya, semoga Laila tidak akan berjumpa lagi dengan pakcik itu.



Cerita Kerja #3

Penat. Itu sahaja perkataan yang dapat menjelaskan perasaan Laila ketika ini. Mana tidaknya, hari ni Laila terpaksa bekerja overtime. Memang setiap hari Ahad Laila akan menghabiskan masanya di Muaz Bookstrore tu dari pukul 12 tengah hari hinggalah pukul 10.30 malam. Hari ni hari pertama Laila bekerja overtime. Terasa sungguh penatnya.

Selesai sahaja tutup kedai, Laila terus ke arah kereta yang diparkirnya di hadapan kedai itu. Kereta yang kini berusia hampir 2 minggu itu diberi nama 'Katherine'. Enjin Katherine dihidupkan dan Laila segera mengunci pintu keretanya dan menghela nafas panjang. Pinggangnya terasa lenguh sekali. Laila masih tidak menggerakkan keretanya. Kerana terlalu penat jadi Laila mahu menghayati udara sejuk dari aircond Katherine. Apabila terasa sedikit hilang letihnya, Laila bergerak pulang. 

*** 
Menyampah sungguh Laila dengan kerenah sesetengah customer. Hari ni Laila terpaksa melayan seorang customer yang mengada-ngada. Tak kuasa sungguh Laila hendak 'melayan' miang pakcik itu. Katanya hendak membeli buku motivasi untuk pelajar, tapi pelbagai soalan ditanya tentang Laila dengan pandangan yang membuatkan sungguh tidak selesa. Lagi pula dia asyik tersengih macam kerang busuk. Laila menunjukkan tidak minatnya dengan menjawab ala kadar sahaja sambil berpura-pura sibuk menekan nekan mesin casher itu. Teringat Laila pada nasihat Kak Fatimah ketika sesi trainingnya tempoh hari. "Laila kalau ada orang datang lepas tu buat gatal, Laila kena pandai handle. Kadang-kadang memang akan ada customer macam tu. Akak kalau ikutkan, nak tumbuk je tapi kita kena professional. Layan je sampai kalau dah tahan sangat buat-buat busy. Tunjuk kita malas nak layan". Kata-kata itu masih terngiang di kepala Laila ketika berhadapan dengan spesis customer begitu tadi.  

***

Hari ini Laila terpaksa duduk di rumahnya seorang diri kerana semua ahli keluarganya berada di rumah mereka sebuah lagi di Lubuk Buntar. Bukan Laila tidak mahu menyertai mereka, tapi disebabkan kerjanya tamat pada pukul 10.30 malam, risau juga dia hendak memandu seorang diri malam-malam begitu. Tambahan pula, jalan ke Lubuk Buntar itu boleh tahan sunyinya. Jadi, Laila meminta keizinan kedua orang tuanya untuk tidur sahaja di rumah mereka di Taman Sempadan. Walaupun keberatan, ibunya membenarkan jua memikirkan apa yang Laila cakap itu ada logiknya. Lagi pula, esok kerjanya mula pukul 10. Risau juga kalau terbabas tidur, terlambat pula Laila akan sampai ke tempat kerjanya. 




Saturday, January 2, 2016

The earth.
Not only it spins on its axis 24/7, 
It also rotates around the sun. 

Same same. 
Old old. 

Should've realized day has its night.
Hot and cold.
Yes and no. 
In and out. 
Up and down.

Eh, tu macam lagu Katy Perry? Haha

Friday, January 1, 2016

Next


Banyak sangat waiting list aku. Tapi takpe aku kena sabaq sat. Niena, habiskan dulu yang tu. Habis je kau ambik yg ni. Kau janji habiskan yg tu dulu. 

Ok baik.

Cerita Kerja #2

Masuk hari ni, genap seminggu Laila bekerja di Muaz Bookstore. Daripada seorang yang sangat kekok, kini Laila sudah boleh dikira pekerja yang agak cekap. Cuma kalau untuk mendapat gelaran 'employee of the month' tu kiranya masih belum layak.

Hari ni Laila dikunjungi lagi seorang makcik Kelantan. Makcik Kelantan ni umpama 'nightmare' dalam hidup si Laila semenjak dia bekerja di sini. Sebabnya, pada hari kedua Laila bertugas, kira ketika pertama kali mengendalikan tugas fotostat itu, Makcik ni buat 'first appearance' dia. Hari pertama, dek kerana terlalu takut untuk mengendalikan mesin fotostat tu, Laila hanya memberikan jawapan selamba "maaf bang/ akak, mesin rosak". Tapi hari kedua bekerja tu, Laila bertekad, dia mesti jugak belajar. Sebab mahu atau tidak, setiap hari Laila bekerja shift sorang. Jadi takkan la dalam tempoh sebulan bekerja tu Laila hanya mahu terus mengelak daripda mesin 'monster' tu. 

Waktu kemunculan pertama Makcik tu adalah ketika hari kedua bekerja di mana Laila menyahut cabaran dirinya sendiri dengan menerima a copy of 65-pages notes. Paling si Laila ni takut sebenarnya sebab nak buat copy depan belakang. Sebabnya masa pertama kali forostat tu, dek kerana paper jam, Laila telah terkoyakkan sedikit kertas customernya. Sebagai seorang yang perfectionist. Laila sangat membenci dirinya saat itu. Namun, customer itu selamba sahaja menjawab, "oh takpe, takde masalah"

Tapi bila datang orang kedua ni dengan page nya 65, Laila hanya mampu *gulp* tapi dibuatnya juga. Sebab tak mahu overly conscious, Laila pun berkata kepada customernya "err abang, lambat sikit ye, nanti datang balik boleh?". "Ok ok, nanti saya datang balik", balas customer tu. Laila menarik nafas lega. Lalu mesin monster itu pun ditekan tekannya. Lecehnya, bila nak buat depan belakang punya copy ni, kertas kertas itu terpaksa dialihkan satu persatu kerana compartment yang boleh automatic copy itu hanya tahu 'menelan' kertas dan mengoyakkan kertas asalnya sahaja. Jadi  65 kertas itu boleh tahan penatnya. Sewaktu si Laila asyik mem'fotostat' kertas kertas nota lelaki yang disyaki pelajar engineering USM seberang itu, muncullah Makcik Kelantan ni. Masya Allah pot pet dia bersembang itu ini segala mak nenek diceritakannya pada Laila. Sampaikan kisah lelakinya menggatal pun terpasa Laila tadahkan telinganya. Tapi selaku seorang rakyat Malaysia yang mengaplikasikan rukun negara yang kelima, Laila hanya melayan sahaja dan pattern responsnya kepada makcik tu sama sahaja "haah, itu lah kan" dan senyum tawar yang berjaya diselindung daripada pengetahuan Makcik tu. Yang menambahkan lagi geram Laila ialah Makcik itu tidak langsung membeli apa-apa. Kononnya mahu membeli buku Tuan Guru Nik Aziz yang sudah pun diletakkan di kaunter tetapi bila Laila ke kaunter untuk menerima bayaran, tiba-tiba dia berubah fikiran "Eh tak apelah, ngaruk Mokcik ni. Mokcik bukan rajin bace pon. Galok je nok beli". Ohhhoii sabar ajelah Laila ketika itu namun tetap melemparkan senyuman mesra. 

Sampaila tiba tiba kertas jam, dan Laila mula gelabah. Dalam hatinya  digetus "baik Makcik balik sekarang sebelum saya halau" kerana ketika itu tahap keserabutan Laila sudah berada di tahap
maksima. Sudahla panik memikirkan yang customer nya tu boleh muncul bila bila masa sahaja sebab sudah agak lama ditinggalkan kertas notanya dengan Laila. Takkan lah lama macam ni tak siap-siap lagi. Kemudian panik memikirkan yang kertas kertas nota tulisan tangan itu sudah dicampur adukkannya dan Laila tidak tahu, benar-benar buntu macam mana mahu menyusunnya semula. Dan pada masa yang sama geram dengan Makcik tu yang terus menerus bercerita kisah hidupnya pada Laila tanpa menghiraukan hidupnya yang sudah teramat serabut pada ketika itu. 

Kemudian, adik Laila muncul dengan membawa makanan tengah harinya. Sudah menjadi rutin adiknya untuk menghantar lunch yang disediakan ibu Laila setiap hari. Waktu adik Laila muncul itu terus Laila mengabaikan Makcik tu lantas mendapatkan adiknya. "Man tolong akak Man, kertas sangkut ni tapi akak tak reti macam mana nak keluarkan. Akak tak siap fotostat lagi ni. Kejap lagi abang tu dah nak datang ambil. Dahla kertas-kertas ni dah beterabuq akak buat", terang Laila dalam loghat utaranya. Jelas nampak reaksi cemas pada wajah Laila ketika itu. 

Makcik Kelantan tadi mungkin sudah perasan bahawa Laila sudah tiada kuasa melayan story of her life lalu segera meminta diri. Ya Allah, Tuhan sahaja tahu betapa leganya perasaan Laila ketika itu. Sebaik sahaja Makcik itu pulang, kertas yang tersangkut tadi berjaya dikeluarkan oleh adik Laila. Dengan perasaan lega bercampur resah, Laila mula menjadi emosi "Maan, akak tak mau keja dah Man. Akak nak berhenti kerjaa. Man jangan balik lagi. Teman akak sat sampi akak rasa better". Adiknya akur. Tidak lama kemudian, customer tadi muncul untuk  mengambil semula kertas notanya. Sewaktu tu Laila tengah sibuk dan buntu menyusun lantas berterus terang dengan lelaki itu. "Bang, sebenarnya saya dah teraburkan kertas kertas ni. Sekarang saya tak tahu macam mana nak susun balik. Saya mintak maaf. Saya baru kerja sini bang". Abang itu yang muka penuh keliru tetapi selamba berkata "Oh takpa takpa, takdak masalah, kita boleh balik susun balik." Lalu kertas kertas itu diambilnya dan mahu berlalu pergi. Laila yang masih rasa bersalah dan terasa mahu menyumpah dirinya sempat berkata kepada pelanggannya itu sebelum dia pergi "Abang, abang ambik baliklah duit ni. Saya dah teraburkan kertas abang tu". Lelaki itu pantas menjawab "Eh tak payah, takpayah. Benda kecik. Balik ni saya susun balik". 

Laila yang masih tidak senang hati duduk menghela nafas panjang. Terasa masa depannya gelap dan air mata hampir menitis. Kalau lah customer tadi tu perempuan, rasanya memang makian lah hadiahnya. 

Selepas kejadian tempoh hari, Laila menjadi begitu fobia dengan mesin fotostat itu. Namun skill nya sudah dikira improve kalau dibandingkan dengan mula-mula dahulu. Tapi apa yang paling Laila tak boleh lupa ialah kemunculan Makcik Kelantan yang dikira menghuru-harakan hidupnya. 

Dan hari ni, genap seminggu Laila bekerja di situ, Makcik tu muncul lagi. Kali ini dengan cerita kucingnya yang makan mewah. Nasib baiklah tidak lama perbualan kali ini. Tak lama lepas tu, dia meminta diri. Lega.