Sunday, May 24, 2015

Lately

Lately rasa serabut
gelisah
Gundah
And all those words you might associate with that.

Kasihan.

Aku taknak fikir pasal orang tapi benda tu selalu macam ketuk2 kepala aku. 

*now playing - zaiton sameon_menaruh harapan*

Minggu lepas hidup aku macam hmm macam kuih apam tak  naik. 
Padat lah nak katanya.
Tetiba semua nak due minggu tu. 
Dengan tetiba orang ni kol mintak tolong buatkan ini,
orang ni whatsapp mintak tolong buatkan itu.
Tapi sebab semua orang sangat memerlukan bantuan so aku pun tak sampai hati nak tolak.
Lepas je hari Jumaat aku rasa macam lega.
Macam orang sembelit yang berjaya keluarkan hmm taknak sebutlah.

Aku redha jelah pasal benda tu. 
Selamat meningkat tua. 


Monday, May 11, 2015

Hoping for the best

What happened right now is kinda disappointing. 
Macam kau ingat Big Hero 6 tu lagi best dari Mr Peabody tapi sebenarnya tak. 
Aku rasa sebelum ni jambatan tu macam makin kukuh tapi apa yang aku nampak tahun ni macam semakin goyang.
Taktau la kat mana silapnya.
Mata aku ke yang salah. 
Kalau boleh aku nak la still guna jambatan tu. 
Tapi macam semakin hilang kepercayaan. 
Harapnya masih ada sinar. Semoga apa yang diharapkan bisa digapai.

Tapi rasa tak sedap hati.
Semoga Allah sentiasa bimbing dan bagi petunjuk kepada semua yang nak lalu jambatan. 
Sape lagi kita nak harapkan kalau bukan Allah.
Manusia? Hari ni bolehla. Esok lusa kau boleh jamin? 

Tapi seriously aku terkilan. 
Ya Allah bantulah kami yang buntu ini.

Thursday, May 7, 2015

Sos tiram

Selasa hari tu mentoring.
Setiap minggu terkejar nak asar sebab mentoring habis 4.30.
So surau kitorang ialah Sylvia Park kat perents room tu.
Setiap minggu makan LJS.
Pehh kayoo budak tesl ni.
Jenis baju size XL tapi pakai XS belaka. Haha
Tengah bulan poket mula semput.
Dari first year macam tu.
Tak berubah-rubah.
Susah nak ubah sebab tu shared culture. haha

Oh pasal sos tiram tu cenggini.
Beli-beli groceries kat Pak n Save tu dah check-out semua tetiba nak dijadikan cerita bila letak plastik kat bawah tu, sos tiram dalam plastik tu tumbang. So dengarlah bunyi retak. So mira pun pegang la nak cek retak ke. Sekali berterabur haa sos tiram. Akak staff situ nak tolong lah bersihkan sekali nah ambik, dengan dia dia sekali mandi sos tiram. Masih terbayang bau dia. Eww disgusting. Macam bau kuah rojak. Tapi tapi tapiii yang nak highlight sini sebab akak tu baik giler wehhhhhhhh. Kitorang punya la bersalah sebab telah mencomotkan lantai tapi dia punyala baik cakap "It's okay" dengan muka senyum penuh ikhlas. Pastu kitorang dok macam sibuk-sibuk nak bersihkan mess tu and she was like "No,no noo it's ok. You don't have to clean it up. Someone will do it." dengan senyum ikhlas lagi. And then the guilt became stronger and suddenly she said "Someone will get a new one for you."And were were like *looking at each others' faces*. I said "But we have already paid and we broke it." (muka bersalah habis). And she's like "No no noo it's okay, you'll get a new one". And then came a man bringing a new bottle of oyster sauce and gave it to us.
Cut it short, the end.

Aaaa baik giler orang kat sini. That might seem small tapi baiknya hati diorang. Dahla tak marah customer tumpahkan, pastu tak tarik muka, pastu siap dapat yang baru lagi. pastu masa farah nak pass tisu kat dia tu siap cakap "Give it to your friend" padahal dia dah berlumuran dah. Hadoihh sometimes people are just being unconditionally kind. Bukan nak kutuk tapi kalau kat Malaysia ni memang dah kena tarik muka dengan pakej bebel sekali. Kalau tengah period mungkin kena maki jugak. Nak dapat yang baru apatah lagi. Salah kau kot.
Camtu lah.

Minggu ni mentee aku hyper nak mampus sampai off-task.
Mencabar jugak nak mengawal.
Begitulah.
Kata nak jadi cikgu kan.
Kena layan la kerenah macam-macam.