Thursday, December 31, 2015

New Year

2016.
Yes.
Another year.
In fact, another leap year.
Insya Allah.

Terima kasih Allah untuk segalanya in 2015.
2015 has been an emotional year to me.
Lots of ups and downs.
A lot of difficult goodbyes.
A lot of beautiful new people met.

Some highlights of this year,


The very beginning of the year and I kicked the futsal captain's leg till she wasn't able to play till Bersatu. Haih. *guilty till today*
Sowwyy Teah.
One of the proudest moment of myself. Shortlisted to be in the AUC Frisbee and Futsal team. Ya Allah seronoknya dapat main balik after a looooong pause of running here and there in the court/field.
Frisbee Team. Even managed to contribute a score. Thought we lost anyway. Doesn't matter. We had so much fun. 

My futsal team. How I fall with love futsal. 

Our very goodbye to our Mira. 
Yes. This goodbye is indeed hard. First time rasa macam ni just because of a farewell. 
Khawlah Al-Azwar

 And of course for having my Usrah groups which I love a lot!

Raisa'

And also our winter break. Went to Gold Coast for the first time with beautiful people. 

And my final raya in Auckland. I should say that this year is the best raya in Auckland. 



Even managed to set out a massive open house. Almost all people that we invited did attend. (and that was like almost all Malaysian Aucklanders). 

And of course, 2015 is awesome because my girls are still standing strong with me.

And I'm happy to take my sisters for a New Zealand tour.
Thank you all the people that had painted my 2015.
Hope the ink is permanent.
Looking forward to a bright 2016.

*sebenarnya emo lah rasa. Cam tacing tacing sikit*



Cerita kerja #1

Laila sedang leka menulis kan nota harga di atas sekeping kertas memo untuk dilekatkannya di kaunter untuk rujukannya. Al maklumlah pekerja baru, banyak sangat info yang perlu dihadamnya sampai kadang-kadang gelabah dia dibuatnya bila customer tanya soalan yang dikira sebagai seorang pekerja, jawapannya haruslah mudah sahaja keluar dari mulutnya meyakinkan pelanggan. Tapi disebabkan prinsip hidupnya yang 'honesty is the best policy', dia pun akan jawab dengan senyum kambingnya "err akak(or abang kalau lelaki jantinanya), sebenarnya saya baru kerja, saya tak ingat lagi. Kejap ye saya call bos".  Selalunya lepas je Laila menjawab begitu, terasa bagai gunung di atas kepalanya berjaya dibuang.

*pheww*

Ketika Laila leka menulis itu tiba tiba terdengar satu suara kaum Adam ni bertanya "Dik, ada fotostat sini dik?". Laila ni memang terkenal dengan seorang yang mudah terkejut, lalu dia menunjukkan reaksi terkejut biasanya yang kalau orang dah biasa memang akan faham sangat, dan kalau orang tak biasa akan rasa macam "eh, dia ni dah kenapa macam nak terkeluar jantung?" Dan seperti dijangka, lelaki itu terus memberi respons "Eh adik, jangan terkejut sangat". Laila yang agak malu dengan kejadian itu hanya mampu tersenyum lantas bertanya "Berapa copy ye?" Lantas dihulurkan lelaki itu kertas dan menjawab "3". Selesai mem'fotostat' kertas tu Laila pun berkata "90 sen" sambil senyum mesra pelanggan. 
Sewaktu sibuk menekan mesin casher tu berlaku perbualan ni. 

Lelaki : Adik orang mana dik? Orang Perak ke? 

Laila : *agak pelik tapi jawab ajelah* Haah. 
*dalam hatinya agak tidak pasti sebabnya si Laila ni hidup di 3 sempadan kalau ikutkan. Penang, Kedah, Perak. Tapi kalau ikutkan Laila lebih selesa claim dirinya orang Penang sebab sijil kelahirannya membuktikan dia lahir di Penang dan pendidikannya juga kebanyakannya di Penang. Dan alamat rumahnya juga Penang*

Lelaki : Perak mana dik? Perak sini eh? 

Laila : Haah 

Lelaki : Tapi adik nampak macam orang Kelantan. 

Laila : Hahaa kenapa pulak? *hairan dan agak bingung*

Lelaki : Ingatkan adik orang Kelantan. Sebab selalu orang Kelantan cantik-cantik. *sambil melangkah keluar dari kedai*

Laila : *gulp*

p/s : Laila merupakan nama jadian si penulis.


Wednesday, December 30, 2015

?

Kenapa ye?
Hmm maybe there's just no luck 
*cry*

Hell no!

Cinta baru

Aku rasa aku dah temui cinta baru.
I fall in love with books.
Those who knew me well, this is sooo not me.

Now I believe what people say,
Tak kenal maka tak cinta.
Indeed.
Sebabnya dulu aku memang allergic dengan buku.
Sampaikan John nak kasi aku buku "Typing for Dummies" pon aku bersilat taknak
(in which bila aku fikir balik, best kot. Fun reading).
Aku memang tak suka membaca sampaikan IELTS aku reading lah paling spoil.
Yang aku suka baca hanyalah,
Lawak Kampus.
Yang mana sampai sekarang masih top in the list.
Muahaha.

Ceritanya, bila aku dh start suka tu aku macam cannot resist.
Sekarang aku dah paham perasaan pencinta buku.
Kenikmatan dapat memiliki sebuah buku.
Aku gembira.
Bahagia.
*senyum terharu*

Sekarang ni semua buku aku rasa nak baca.
Except (maybe not yet developed),
ceciter macam novel or anything fiction, aku macam kureng.
Tapi kalau orang bagi, aku akan baca je.

Hmmm rasanya so far belum pernah beli any novel sendiri.
Kan?

Sebab bila aku baca cerita orang (read :watak2 novel/movie/series etc),
perasaan dia macam.
Lalalaaa itu cerita rekaan, memanglah happy ending.
Watak wajib cantik, putih gebu, baik, sopan, dan diminati oleh lelaki tampan.
Ok laa fine laa, tapi at least laa, AT LEAST, wajib cantik ok.
Walau ribut badai melanda,
cinta tetap milik mereka.
Haaa begitulah summary semua [made-up] love story yang ada di atas muka bumi ini.

Tapi realitinya,
Tak seindah itu.
Percayalah.


Tuesday, December 29, 2015

Conscious

Ok dah conscious. 
Adakah tayar yang sama akan terkena taik ayam yang berbeza? 
Mohon tidak. 
Kalau tak konfem aaa. 
Konfem aaa. 
Emmmm err konfem aaa sedih tahap gaban. 

Dah tukar hankook ni. 
Mohon lebih cekal dan berkualiti. 

Sunday, December 27, 2015

Expectation

Expectation hurts.
Like, really.
As much as surprise excites. 

Down. 
Lagi. 
Tampar diri sendiri please. 
Nangislaaa nangislaaa. 
Oh tears, please come fast so that I'll feel relieved. 

*deep sigh*

Deserves an acknowledgement

This is another 'wow' gift. 
So I decided to commemorate it here. 
It deserves a space. 


Trimas. 


*God knows how I tried to collect my guts just to go through this piece sanely. Haha*

Saturday, December 26, 2015

Officially 23

Yes I know. 
Dah banyak dah angka. 
Pejam celik pejam celik je. 
Rasa baru je hari tu post aku 19. 
Begitulah kehidupan. 
Makin ke depan. 

Ceritanya aku tersangatlah mood swing tahap dahsyat punya these few days. 
Yang memang menyinggah dalam kekerapan lebih kurang setahun dua kali cenggitu. 
Kemudian tersangatlah nak nangis. 
Benda kecik pun aku nak nangis. 
Tapi peak dia tadi lah. 
Aku rasa loser. 
Nak quit kerja! 
Nasib baik Allah anugerahkan customer baik2, bos baik2 dan semua yang baik2. 
Aku je yang busuk, mengada etc. 

K enuff. 

Banyak-banyak birthday wish, there's one that really made my day. 
Sebab aku fragile hari ni, wish tu pun buat aku rasa mcm 'awwwhh' and almost 'menetes'. :')
In fact, it came from a very unexpected person. 
Mekaseh weh. 
Terima kasih Ya Allah hadirkan orang indah indah dalam hidup aku. 

Di usia 23 ni, tak de benda lain yang aku dapat cakap selain setinggi tinggi penghargaan kepada Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
:') 
Alhamdulillah atas segala nikmat yg Engkau pinjamkan
Yang terkadang aku sendiri lupa semua ni 'pinjaman'
Ya Allah, ingatkanlah aku selalu. 
Bawalah aku dekat denganMu setiap hari. 

And 2016 is approaching. 
Semoga yang baik baik, indah indah, lancar lancar menanti. 
Semoga sinar pelangi menjelma di penghujung hari. 

Terima kasih ye semua yang wish dan doakan. 
Semoga doa kalian juga kembali kepada kalian. 
 

Friday, December 25, 2015

Share

We have things that we share with only certain people
We call them secrets

Sometimes
We tell someone because we expected certain reactions from them
Like
We don't welcome any other kinds of reaction
And we know he/she will definitely give us that kind of reaction

Some other times
We tell someone just simply because we like them
Even though her/his reaction doesn't really meet our expectation 
Or even worse than we expected
But we just feel like letting that person knows everything about us 

Some other times 
We tell someone we merely trust
In the first place we don't feel like telling her/ him 
But we tell them anyway 

And
There are also times when we just tell something to random people. 
But we know they are reliable and trsuted. 

And sometimes (very rarely, probably never)
We don't tell anyone at all. 
Because nobody will accept whatever that secret is. 

That's just how we are. 
We are selective. 
We just wanna make ourselves to feel better most of the times. 
And only we know how to handle ourselves.

And I guess, those in the first category, they are precious friends. At least for me.

Tuesday, December 22, 2015

Turning 23

In a few days
Got me thinking 
What have I done with my life? 
What have I achieved? 
Have I changed for the better? 

Alhamdulillah 
Thank you Allah for everything
I don't have everything I want in life
But it's more than enough knowing that I have everything that I need

Friday, December 18, 2015

Tuesday, December 15, 2015

Kadang kadang




Ijat punya post tu buat aku fikir
Kalau boleh like banyak kali tu mesti aku dah like 100 kali.

Sebabnya aku setuju sangat.
Entahla
Boleh relate agaknya.
Dulu, i used to have big dreams.
Nak itu, nak ini.
Tak salah pun semua tu.
But as I grow up, and been achieving quite a few things in life, aku dah rasa macam tak berapa nak bercita cita besar dah.
In fact, aku lebih selesa tak dikenali. 
Aku tak suka pun nak bercakap in public. 
Rasa menyampah dengar diri sendiri cakap kat depan. 
Cakap = motivational/ inspirational talk. 
Well, things yg orang-orang hebat selalu buat. 

Aku kalau boleh nak enjoy buat apa yang aku nak buat. 
What's important for me now is having good people around and get all the positive vibes from my surrounding. 

Mohon jauh dari perasaan perasan.

Monday, December 7, 2015

Berkait, mengait, terkait

Sedikit sebanyak ada lah jugak
Kebetulan ke apa tu tak sure
Ke memang tujuan dia begitu
Sejenis fauna yang aku nampak siapa

Pasal tu aku lebih selesa berurusan dengan consultant
Pasal semua benda pun sebenarnya
Selesa mungkin
Oh macam tu ye perasaan ada abang.

Hal-hal lain
Simpan dalam folder masing-masing

Bila bukak folder tu, fokusnya yang itu sahaja
Banyak-banyak folder tu adalah a few yang rajin bukak
File dia pun kadang jarang-jarang sentuh
Tapi folder satu tu aku dah 'create' cuma belum isi lagi file-file nya.

Friday, December 4, 2015

Thursday, December 3, 2015

Oh My Malaysia

Kalau asyik rasa geram dengan negara sendiri
Sakit hati dengan kerajaan sendiri
Panas dengan tindakan pemimpin
Tu dikira rakyat derhaka ke?

Lagi satu sem je nak menapak di negara susu segar tu
Lagi satu sem je nak menghirup udara segar tanpa asap vape
Lagi satu sem lagi nak menyapa rakyat tanpa bangsa dengan senyuman mesra sapaan ikhlas
Lagi satu sem nak menikmati jaulah bahagia tanpa tol
Lagi satu sem untuk semua mimpi indah

Well mungkin aku sedikit hyperbola
Highlight semua yang baik baik aje
Tapi aku dah mula fall in love dengan tempat tu
Dengan budaya mereka
Aku kagum
Even most people nak pegi UK tapi aku langsung tak
Untuk vacation tu tipu la tak teringin
Tapi untuk make a living I'm happy in the 'land with the longest clouds' 

Sedihnye
Rasa negara sendiri macam dah busuk
Sampai terkadang rasa buntu nak majukan negara sendiri
From the education perspective at least
Which is the least I could do
Other aspects?
2 x 5


Ya Allah selamatkanlah Malaysia
Kembalikanlah kami semua pada Al-Qur'an dan As-sunnah.
Sekurang kurangnya kami jumpa punca.

Dalam hati

Kadang banyak gila benda dalam hati macam asyik bercakap cakap.
Kadang sampai naik ke telinga.
Sebelum keluar ke mulut, aku cepat cepat cari medan nak luahkan.
Biasalah blog ni lah jadi mangsa. 

Tapi tapi tapi.
Lain doe.
Bila nak tulis je konpem menyimpang.
Apa yang tercakap tu langsung takleh.
Tahu sangat dah.

Takpelah.
Soalnya hidup ni banyak sangat grey area. 
Aku kelaskan dia 'grey' untuk segala kekeliruan, ketidakpastian, kekaburan, ke'in-denial'an dan yang sama waktu dengannya. 
Susah nak jump into either black or white. 
Sebab we human believe, to jump into either one is like taking a risk.
So we'd rather live in uncertainty.

Gitulah.

Semua tu fantasi. Fantasi dunia. 
Realiti is waaaayyy more tangled. 
But depends on how we view
And finally untangle.

Tuesday, December 1, 2015

Saturday, November 14, 2015

Biar lah tak sama
Asalkan meraikan
Bukan merendahkan 
Rupa-rupanya memang betul lain 

Kita biarkan lah air mengalir dari paip
Atau mengalir tenang di sungai 
Kalau sampai amukan ombak
Kita pulang

Friday, November 13, 2015

Gradually

Ada baiknya mungkin
Dia beransur pergi
Atau hanya sekadar turun naik biasa
Tapi untuk aku sendiri
Aku rasa ni macam satu petanda
Mungkin yang lebih baik menanti
Rahsia Sang Pencipta 

Hebat aturan Dia
Kadang dia bagi segala kemewahan dunia
Bila tiba masa Dia tarik satu je,
Yes satu je, 
Kadang kita jadi hilang arah
Baru gelabah tadah tangan mohon doa
No wonder la
Setiap kali baca terjemahan
Banyak kali giler encounter ayat yang sounds something like
"Manusia mintak Allah hilangkan kesusahan mereka dan bila Allah hilangkan kesusahan tu, mereka kembali ingkar"
Memang manusa lumrahnya macam tu kan?
Bila rasa senang, kita mudah lupa
Kita lupa keadaan orang yang susah
Even diri kita sendiri time kita susah

Tapi ajaibnya 
Sebab Allah tahu kita macam tu 
Sebab tu lah Allah suruh kita berdoa banyak banyak kat Dia
Sebab tu cara Allah nak kita komunikasi dengan dia

Positiflah Niena 
Allah pinjamkan
Sekarang Allah tarik sekejap
Mungkin Allah simpan sesuatu yang lebih baik untuk kau Niena
Kau kena husnudzon
Kau kena kuat
Allah uji sesuai dengan kemampuan Kau

Thursday, November 12, 2015

Exam

Tomorrow is the day
Less than 24-hours
Let's do this!

Pastu boleh tarik nafas hembus kuat-kuat.
Sebab dia tiga jam straight.
Paper macam sociology zaman A Level dulu.
Tapi aku rasa socio macam jelas lagi.
Tak mengapalah semoga Allah bukak jalan seluas-luasnya esok.
Moga Allah terangkan hati seterang-terangnya nanti.
Moga Allah bagi ingatan sekuat-kuatnya esok.
Moga Allah kurniakan fikiran selogik-logiknya esok.
Moga Allah bantu.
Aaamin.

Aku macam suka lah sebenarnya subjek ni.
Benda bila faham kan memang boleh jatuh cinta.
Kalau benda yang aku tak paham-paham tu
Sampai ke sudah aku menyampah.
Weh cuba baca balik ayat atas.
Rhyme giler.

Nienaaaaaaaa.
Apa perasaan kau weh sekarang?
Biasa.
Eh haah laa.
Aku pun!
Eh kau lah Niena kan?
Eh haah laa.
Kadang-kadang rasa kau Niena, kadang-kadang rasa macam eh jap Niena mana Niena?
Macam schizo dah aku ni.
Exam punya penangan.






Motif gambar?
Saja.

Monday, November 9, 2015

Sisuka


Pendosa setia

Pergelutan
yang tiada pernah ada penghujung
Sampai satu masa
Bila pergelutan tu dah tamat
Kau tahu nyawa kau pun dah tamat

Kau insan hina
Kau bukan maksum
Kau lemah
Kau pendosa
Bukan pendosa biasa
Tapi pendosa setia

Setiap hari
Kau buat baik
Tapi jahat kau tetap ada
Dan kau harap baik kau akan menutup jahat kau
Tapi dia bukan macam uli tepung
Rasa tak jadi kau tambah air
Tambah tepung
Atau apa-apa
Sampai doh dia jadi
Ini dosa
Biar kau cuba tutup dia tetap ada
Walau sebesar zarah
Syarat dia satu je
Taubat
Barulah dia akan lenyap
Nak harap amalan sunat kau?
Cukup ke nak tampung?

Macam makan ais krim
Pastu ada tahi burung dari atas jatuh setempek
Kau tak makan dah kan?
Ke kau buang bahagian atas je?
Aku doubt.



Saturday, November 7, 2015

Known

No longer
Just not
I'd rather be in my cocoon
Not knowing what's happening outside
Just go out when things are safe 

There was a time
I used to be known
And when I'm not known 
I feel empty 

But then when the world is a whole new paradigm
I just walked into it
And painted it based on my imagination
If I ever imagined anything
I guess yes 
Now I feel like
Just let the time decides
When it's time
I'll get out of my cocoon
And greet the world
Hope the fellas will be nice to me


Time
It really
Changes
Me
Inside and outside 

Thursday, November 5, 2015

Risau

Risau sejarah berulang
Banyak-banyak sejarah janganla sejarah yang itu
Kencang je jantung aku bila fikir
Fuh
Sebab tahap depression dia lain

Tahun ini aku bakal menganjak 23 tahun
Di mana aku perlu menjadi matang
Jauh lebih matang
Dan lebih terbuka
Kurangkan hanya berfikir pasal diri sendiri
Di mana aku masih belum nampak bayangan
Ada sesetengah situasi aku hanya fikir perasaan aku
Proses percubaan itu sangat mencabar

Aku tak mahu toleh belakang
Kalau yang belakang itu yang itu
Aku mahu terus pandang ke hadapan
Tapi aku masih takut
Apa yang aku masih kuat ialah untuk terus bernyawa di bulatan sekarang
Dalam bayangan aku ialah bulatan itu semakin membesar
Dan akan bergolek
Terus bergolek

Sampai satu masa dia akan 'merged'
Macam 'venn diagram'

Berfikir

Hari ni aku bangun dan terus terfikir
Lalu aku sambung berfikir
Sampai sekarang belum ada jiwa itu
Masih tidak percaya diri

Bukan makanan aku

Dan semalam mimpikan macam tu
Mungkin ada mesej seperti dia sudah tahu
Sekurang-kurangnya dapat menghidu
Bau yang macam mana
Itu persoalannya

Wednesday, November 4, 2015

Sorry post

Kalau kau baca la kan.
Aku masih feel bad actually.
Like really bad. 
Lagi lagi bila kau still mention. 
Though kau konon 'gurau' tapi I get it laa.
Sebab I feel like I'm breaking the trust given. 
Tapi sumpah takde niat nak cerita.
Aku pun dah explain kan sooo yeah
Again sorry. 

Tahla sedih rasa dengan diri sendiri kadang-kadang. 


Tuesday, November 3, 2015

Fobia

Aku 
Sumpah
Fobia
Nak
Scroll
Instagram

Dia bukan fobia main-main baq ang. 

Sunday, November 1, 2015

Breathe in

. . . 

After so long

This is gonna be my post about my experience.

Went for a Marae Trip with my girls. 

Huh? Marae? What's that? 

It's a cultural experience. To be exact, a Maori experience. This is a tradition and a must-do thing for Tesl students every year. 

We were welcomed by a Powhiri. 
Had that before. 
Best thing is that we got to stay overnight at their sacred place. 
And by sacred I mean, it's protected by their spiritual guardians. 
Good that we learned their culture in a very respectful way. 
They value their culture highly. 
Which makes me ponder. 
Do we protect Islam as much as they do? 
The way they cherish their culture makes everyone can just respect it. 
Hmm what I feel is actually more than this but it's just 'tak sampai' when I try to explain it. 

Right. 

And I got to taste (or eat to be exact) their traditional way of preparing food which is in the Hangi. 
Hmmm
Tak leh terima tekak. 

Everything was truly good. 

Except that

Throughout this trip, none of the food is mine. Huhu.
That feeling when everyone was enjoying their food except me myself. 

K nak balik sekarang. 

Takde mood nak ambik gambar bagai. 

People say
Happy tummy happy me
Exactly!

Thursday, October 29, 2015

Wish the river will never be polluted
As much as the sea wouldnt be hit by a tsunami
Nor the wind be hit by a tornado
Nor the land be hit by the drought 

Like a silhouette
Or mirage
You chase
It gets further away
And finally disappears 

Like the concept of refraction 
It deceives you
Wish you're not dumb enough to be fooled
You just need to be extra careful 

Good that a clay can be shaped
Unlike the metal
It's your choice 
It's in your hand 

Like a traffic jam 
You wanna get out of that
But you cant get out unless to stuck in it 
And it's a matter of time

Wednesday, October 28, 2015

Surreal or so-real

How irony.
They sound like a homophone.
But they are in the opposite continuum.

Monday, October 26, 2015

When I have less contact with people,
I have more contact with my blog. 
My loyal ears. 

I dreamt something weird this morning. 
There were a number of them.
The first one was the one I though most.
No wonder.
The second one was so random.
Suddenly Strata level 4 was in the plot. 
Doesn't make sense at all.
And the last one was scarier. 
Because I just don't want to think about it.
We both have moved on.

Everyone else is away at this moment. 

Now I know how dependent I am to the people around me.
Once they're all gone, 
I become clueless.

I don't know where did I put my pen yesterday.
Now I got only 1 blue pen yang ink dia macam acah-acah nak keluar ke tidak.
Arghh bencilah. 
Aku dah la jenis suka menulis.
Bila takde pen yang sedap ni memang boleh buat mengamuk jugaklah.

Emm emm k lah. 
Sedih sikit hari ni.
Malas lah fikir. 

Sunday, October 25, 2015

Friday, October 23, 2015

I have always been in this locus. 
Not green.
Not even red. 
It's yellow. 

Wednesday, October 21, 2015

Rasa nak jadi invisible.
Kalau lah semua orang boleh padam aku dari kisah hidup diorang.

Nak nangis

Apa lah yang kau buat ni Niena.
Orang kata dalam setandan pisang pasti ada yang rosak. 
Aku lah tu. 
Maaf rakan-rakan. 
Aku tak baik.
Aku sangat banyak dosa. 
Rasa tak layak kawan dengan kalian.
Sorry. 


Tuesday, October 20, 2015

Weh takut

I slept for just 15 mins. 
From 8.30 am till 8.45 am.
Then I heard Izzati calling me "Nienaaaa!"
Simultaneously my alarm buzzed.
And I went out of my comforter. 
Went out of the room and called Zati,
But she wasn't there. 
She was still in Parnell.
And I opened Baya's door, yes she was deeply sleeping.

Persoalannya sapa kejut aku tuuu?
Sapa panggil aku.
Takuttt,
  

Sunday, October 18, 2015

Perasaan dia tak sedap. 
Serious. 
Tapi tak tahu macam mana nak avoid lagi. 
Aaaaa Ya Allah tolong lah aku. 
Sekurang-kurangnya dalam bentuk kebetulan. 
Aku tak seronok. 

Perasaan-perasaan macam ni buat aku rasa nak balik Malaysia cecepat. 
Nak settle down cecepat. (Read as kawim)
Tapi sebenarnya masih nak stay sini. 
Sebab tak sanggup nak enter a whole new life. 
Cuma benda-benda cenggini lah. 
Haih. 


Saturday, October 17, 2015

Pejam celik

Pejam celik dah end of 2015. 
Fuh cepat naa masa berlalu. 
Baru je rasa AGM tahun lepas. 
Tetiba AGM lagi. 

Expectation? 
Entah. 
Tahun lepas rasa ada high expectation lah. 
Maybe sebab 'kenal' semua orang. 
Memang ada bond dengan committee lama. 

This time macam fuyoh memang integrasi pelbagai jenis group. 
Which is good. 
Macam zaman aku jugaklah kiranya. 
Macam huh sape ni sape ni. 
Sape Niena ni? 
Asal terhegeh nak join AUC. 
Batang hidung tak pernah nampak pun time event selama ni. 
Mungkin tu apa orang fikir kan. 
Kita tak tahu. 
But it worked well. 
Getting to know a lot of people. 
At least managed to reach different group of people. 
And in the end you decide which group yourslef belong to. 

Anyway, good luck to the new committee. 
Hope you can prove something. 
And I'm too old for AUC I guess. 
Guess it's time for me to back off. 

Thursday, October 15, 2015

Perihal parents

Dahsyat betul naluri seorang ibu ni
Setiap kali mak aku teka sesuatu mesti betul
Walaupun kadang-kadang tu dia macam main-main tapi macam pehh memang betul pun
Macam satu hari tu, aku tengah masak
Tetiba mummy whatsapp "tengah masak ape tuuu..?"
Aku macam pehh mana mak aku tau ni. 
Macam semalam jugak dia tanya
Aku macam hanya mampu gelak je hahahaa

Yang daddy plak tak pernah-pernah call anak-anak dia tapi semalam call aku. Uuuuuu bangga banggaa. 
Kalau call pun mesti ada sebab macam nak tanya number IC time isi borang ke, nak tanya alamat ke benda2 yang memang memerlukan jawapan segera. 
Kalau macam nak sembang ke memang mak aku lah call.
Pastu baru lah pass ke ayah. 
Pastu macam cakap sikit je pastu mula la dia tanya 'ha dah nak cerita apa lagi? Ayah habih modai dah' haha. 

Tapi semalam daddy call and tanya habaq. Hahaa rindu keww. 
Kakak aku kat belakang tak puas hati kannn. 
Oh memang dari kecik-kecik mak aku kata aku anak ayah. 
Tapi aku sayang dedua of course. 

So that made my day yesterday. 

Alhamdulillah kegembiraan bersambung lagi when Harrison is finally found. Ada lah tu Allah nak suruh muhasabah kejap atas kehilangan Harrison. 

Terima kasih semua.
Mintak maaf atas salah guna Harrison jika ada. Hmm mestilah ada kan. 
Harrison I love youuuu. 


Tuesday, October 13, 2015

Tough one

Haish
Susah susah
Dari dulu baq ang
Dia macam bukan taknak usaha 
Tapi dah macam hampir fed up

Aku percaya
A good leader is a good follower
Macam kalau kita nak jadi ketua
Kita expect orang dengar cakap kita
Tapi kita dengan Ketua kita? 
Boleh pulak suka hati nak ikut suka
So macam mana kerja nak efektif mengikut piawaian syariat
Susah tu
Sebab tu pokok pangkalnya, jaga hubungan dengan Allah
Sebab with that, Allah akan jaga hubungan kita dengan hamba Dia yang lain
Eh kau tak caya? 
Jangan main-main
Ni bukan soal biasa-biasa
Ni soal Yang Maha Kuasa
Yakinkanlah diri
Sematkan dalam jiwa yang paling dalam

Wednesday, October 7, 2015

Niena dan telefon

Sedihhhh
Lagi sekali ia terjadi
Kenapa aku tak perasan aku tak amik fon aku time balik tadi?
Aaaaaaa
Aku mati-mati ingat Zati main-main ngan aku sorok fon aku.
Tapi rupanya tak.
Cek location guna 'find my iphone' tu
Dia cakap ada dekat dalam building.
Moga moga masih berjodohan lah kita
Sobbs. 

Tak tahu nak rasa apa
Geram ngan diri sendiri

Monday, October 5, 2015

Trust?

Trust issue
Why did I tell her?
Huhuuuuu 
*regret* 

Nak balik
Penat lah rasa
Bosan dah jumpa orang yang sama everyday
Nak jumpa mak ngan ayah plak
Nak ngusik adik adik
Nak gaduh ngan dodah

Friday, October 2, 2015

haih

Dah macam malas
Baru je nak semangat always switched off
Allah uji ni
Sejauh mana kau ikhlas Niena

Pastu macam dah fed up orang bagi alasan itu ini
Nampakla mana prioriti
Jangan sampai aku jalan sendiri
Which is not me

Macam harsh sikit lah post ni
Sebab seriously frustrated
Bai

Wednesday, September 30, 2015

Another entri

Don't know why but I feel so emotional since yesterday. 
Seeing all my good friends graduated. 
And seeing the happy faces of everyone. 
And knowing that on that day nobody will ever try to spoil anyone's mood. 
The day to celebrate, to really, 'share the joy'
Meeting the old committee. That feeling. And even worse, I miss Mira more strongly. 
Kiki, thanks for being such a good friend. 
Congratulations guys. I was so proud seeing everyone in their robe yesterday. 
And foreshadowing my time in 2 years time. 
AUC. 
I love AUC and the people. U guys made my Auckland life. 

*shed tears*

And I'm so not sure where is this going. 
The heart wants what it wants. 

Monday, September 21, 2015

Friday, September 18, 2015

future

Future scares me
wonder how my like would be
no more Auckland
no more student life
even if there's no more
won't be the same I know

Looking at the seniors' posts on timeline
They are now teachers
can see myself there in less than 1 year
still not wanting to

I used to be really passionate to teach
Because I thought teaching is just teaching
But knowing the fact that there are many responsibilities awaiting,
I feel scared

But that's the reality of life
Sooner or later I'll face it anyway
It's just that I'm not ready to face it just yet
Knowing that my other people are still 'having fun' continuing their student life

Life goes on

And at the end of it is of course,
Death
which might just come somewhere in between.

Sunday, September 13, 2015

panic attack

Panic attack datang lagi
Bila buat semua benda teringat kerja kerja kerja
Sebenarnya cuti kali ni paling hmm packed mungkin
Dengan practicum nya yang dah ambik masa seminggu
Kalau practicum tu rileks rileks je takpe
Ni boleh tahan tekanan mental
Drama betul
Dengan John nya
Dan Han Ju, dan 3 beradik budak-budak Iraq tu
Tapi semua tu experience
Golden I would say
Can't believe we got the chance to experience teaching English to Speakers of Other Laguages (ESOL)
Literally
As the name implies

And sesak fikir event itu dan ini buat masa semakin mencemburui
Tak Niena, 
Sebenarnya kau rasa masa kau selalu tak cukup sebab kau tak jadi morning person
Aku nak cuba istiqamah lah


Tak sabar nak bercuti dengan kakak-kakak

Penat dah
Rasa exhausted dah nak belajar
Selalu ada moment-moment camni
Selalunya sem dua je mesti rasa camni
Sebab kalau kat Malaysia at least boleh re-energize bila balik rumah jumpa parents
Sini, pandai-pandaila kau cari punca hidup
Sebenarnya kalau iman kau kuat, perasaan malas pun susah nak bertempek.
Iman je problem sebenarnya
Kau tau
Tapi kau buat-buat tak tahu

Satu je aku mintak
Kalau pun aku tak dapat apa yang aku nak dalam hidup ni, sekurang-kurangnya aku nak jadi hambaMu yang Kau pandang dengan penuh rahmat.
Aku nak jadi manusia.
Manusia yang berguna kepada agamaku, masyarakatku, keluarga ku dan orang-orang sekeliling aku. 

Saturday, September 5, 2015

Gila

Memang gila betul apa aku buat semalam.
Aku pun tak tahu kenapa aku decide macam tu. 
And surprisingly aku tak kisah apa pun reaction dia. 
Sekurang-kurangnya ada simpulan yang terlerai. 

Aku rasa kan hidup aku ni macam komputer. 
Banyak-banyak folder
Setiap folder file dia lain-lain
Tapi kadang-kadang ada jugak file yg ada copy. Sometimes more than one copies. 
Dia kalau tercampur file ni susah lah sikit.
Susah di kemudian hari, nak cari yg mana kat mana. 
Tapi bezanya, hidup aku ni takleh undo la. 

Aku tak sabar nak bercuti dengan kakak- kakak aku. 
Sebenarnya after semalam, paling besar yang aku rasa is the feeling to be independent. 
Sebab aku ni kalau orang tu aku dah percaya, selesa etc, I will tend to be very dependent to them.
Physically and emotionally.
As in kalau kawan baik aku tu, aku akan jadi macam clingy.
And emotionally of course, akan cerita semua benda kat dia so that dia tahu what I feel each time.
Mungkin aku dah biasa dimanjakan dari kecik. 
Kalau dalam family diorang jarang lah nampak aku ni capable. 
Usually aku akan prove aku punya capability bila bukan dengan family. And then baru diorang percaya. 

Aku yakin perancangan Allah.
Positif niena. 

Wednesday, August 19, 2015

Hidayah

Benarlah
Hidayah itu memang milik Allah
Aku pernah rasa give up
Dan sedih yang teramat
Tapi bila aku ingat je fakta tu barulah hati aku lega
Sebab kita ni manusia
Bukannya boleh buat apa pun 
Bukannya boleh ubah apa pun 
Bukannya boleh jamin apa pun 
Kalau Allah memang izinkan sebaliknya


Kerna itu penting punya iman 
Untuk mengingatkan
Yang kita ni hidup bertuhan

Tuesday, August 18, 2015

panas

sudahlah memang panas suhu badan
panas lagi tadi
lama tak rasa blushing macam tu
blushing yg macam muka panas betul
tapi ni bukan blushing sebab malu
ni kes lain
blushing sebab awkward
dan cuba buat-buat okay

time busy busy macam ni lah diuji
terasa sangat ujianNya
banyak dosa lah ni
konfem

semoga kuat dan tabah mengharungi sakit penghapus dosa ini
semoga bersemangat kembali meneruskan assignment yang masih tak luak-luak.

Sunday, August 16, 2015

Sedih lagi Niena hari ini
Perlukan chatime lah

Kenapa busy sangat minggu ni

Isnin takyah ahabq kelas back-to-back pukul 10 sampai 4
Selasa mentoring
Rabu babysit, dan submission Langtchg207, oh dan jua test Educ348
Khamis practicum (aaaaaa). Lesson plan tak buat pape g nih. Cemana ni?
Jumaat babysit dan jua submission Langtchg301

Panic attack!

Allahu Ya Allah


Wednesday, August 12, 2015

Hurricane

Think the clouds are clogging up my brain
Like the weather drain same as the tears on my face
And I'm stuck up in the storm eye
I guess I'll be alright
Oh (uh oh uh oh)
Oh oh (uh oh uh oh)
Then it hits me like
Oh (uh oh uh oh)
Oh no (uh oh uh oh uh uh oh)

And you're that wind that swept me off my feet
Got me flying til I'm crying and I'm down on my knees
That's what Dorothy was afraid of
The sneaky tornado
Oh (uh oh uh oh)
Oh oh (uh oh uh oh)
There's no place like home
(Uh oh uh oh)
Home (uh oh uh oh uh uh oh)

I'm boarding up the windows
Locking up my heart
It's like every time the wind blows
I feel it tearing us apart
Every time he smiles
I let him in again
Everything is fine
When you're standing in the eye of the hurricane

Here comes the sun, here comes the rain
Standing in the eye of the hurricane
Here comes the sun, here comes the rain
Standing in the eye of the hurricane

I'm flopping on my bed like a flying squirrel
Like a little girl hurt by the big bad world
Yeah, it's twisting up my insides
Can't hide it on the outside
Oh (uh oh uh oh)
Oh oh (uh oh uh oh)
Yeah, it hits me like
Oh (uh oh uh oh)
Oh no (uh oh uh oh uh uh oh)

And that's when you hold me, you hold me
You tell me that you know me, I'll never be lonely
Say we made it through the storm now
But I'm still on the look out
Oh (uh oh uh oh)
Oh oh (uh oh uh oh)
The air's getting cold
(Uh oh uh oh)
Cold

I'm boarding up the windows
Locking up my heart
It's like every time the wind blows
I feel it tearing us apart
Every time he smiles
I let him in again
Everything is fine
When you're standing in the eye of the hurricane

Here comes the sun, here comes the rain
Standing in the eye of the hurricane
Here comes the sun, here comes the rain
Standing in the eye of the hurricane

He picks me up like
He's got the way of the hurricane
And I think I'm fine like
I'm in the eye of the hurricane

He picks me up like
He's got the way of the hurricane
And I think I'm fine like
I'm in the eye of the hurricane

And I'm floating, floating
And I don't know when, know when I'm gonna drop
He's got the way, he's got the way

I'm boarding up the windows
Locking up my heart
It's like every time the wind blows
I feel it tearing us apart
Every time he smiles
I let him in again
Everything is fine
When you're standing in the eye of the hurricane

Here comes the sun, here comes the rain
Standing in the eye of the hurricane
Here comes the sun, here comes the rain
Standing in the eye of the hurricane

He picks me up like
He's got the way of the hurricane
And I think I'm fine like
I'm in the eye of the hurricane

He picks me up like
He's got the way of the hurricane
And I think I'm fine like
I'm in the eye of the hurricane


Bestnya kalau boleh buat lagu sendiri camni

Sunday, August 9, 2015

Best friend

Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa.
Ya Allah sedihnya Dia sahaja yang tahu. 
Tapi yelah, mungkin aku je yang emosi seperti katanya. 

Satu best friend dah balik Malaysia. 
Rasa nak je lari ke Welly nak bertemu best friend sorang lagi. 
Nad I need you now. 

Hmm entahla kenapa semua orang macam garang sangat. 
Tapi Mira Farzana ni lain. 
Sentiasa tenang dan tidak menyakiti orang- orang di sekeliling beliau. 
Dan beberapa lagi orang-orang sekeliling. 

Sekurang- kurangnya hari ini sangat menggembirakan. 
Aku seronok sangat main futsal tadi. 
Terima kasih semua orang. 
Nak main lagi. 
Nanti jom main lagi korang. 

Semoga hati aku tenang malam ni. 
Setenang air diautan. 
Fikirkan sesuatu yang positif niena. 
Allah ada. 
Tenanglah wahai hati. 
Selamat malam dunia. 

Wednesday, August 5, 2015

Amirah Reduan

Seriously Mira?

Until this moment, I can still cry.

You are seriously someone. 

To everyone.

The proudest moment of Auckland was when she was held in a good hand during the Bersatu Games 2015.

You are superwoman tiny girl.


Saturday, August 1, 2015

rarik

aku
rarik
lalu 
aku lari
ke
kate egar 
untuk 
menenangkan 
diri
fuh


rasa 
mahu 
pulang
tapi
telah 
diberi 
nama 
sebagai 
sukarelawan

mahu saja aku lenyapkan diri saat ni.
sekarang ni si farah mana?

Monday, July 27, 2015

Buat cik Siti

Aku ni jenis senang rasa sayang kat orang.
Senang sangat.
Nak nak lagi orang yang kau rasa macam ada connection hati. 
Tapi tu lah, aku pun pelik kenapa kadang-kadang boleh rapat sangat ngan certain orang.
Tapi Dia lah yang jugak ikat hati-hati kita. 

Ok post ni ditujukan khas kepada my clingy best friend Siti Amirah Reduan.
Kenapa kau clingy?
Kau buat aku susah nak tak rindu kau nanti.
Aku benci kau.
Kalau Siti ni sejenis lelaki, dah lama aku kahwin dengan dia.

Mula-mula awkward.
Sekarang,hmmm.. macam ni lah.
Aku rasa kalau check track mesej/ fb mesej/ whastapp, paling panjang dengan beliau.

Buat Siti Amirah, 
Terima kasih sebab baik.
Hati kau baik weh. sumpah. 
Terima kasih sebab tak pernah berkira. Aku doakan kau murah rezeki.
Terima kasih sebab tak pernah judge aku.
Thanks for always being on my side. 
Terima kasih terima aku seadanya.
Terima kasih for trusting in me. Being your secretary is an honour to me.
Thanks for being an amazing boss.
Thanks for being my listener most of the time.
Thanks sebab selalu ingat aku.
Thanks ajak aku dating setiap minggu.

I can't believe you are finally graduating.
Dah kata dah kau excellent. 
Sorry takleh attend graduation kau. Aku sedih.
Sorry untuk semua time aku cranky. 
Entahla weh. 
Kau mesti tak paham aku rasa bertuah betul ada kau dalam hidup aku.
Weh gelinye ayat last tu.

Miraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Nak nangis.

Aku doakan masa depan kau cerah, terang benderang dan mendapat jodoh terbaik untuk dunia dan akhirat kau.
Whatever it is, aku harap kau takkan lupa aku. 
Dahla tu, bai bai bai!




acah-acah sweet
















Till then, aku doakan kau boleh move on.
Selamat join Kiki.
I'll join u guys soon. 


background and template

ok dah bosan dengan keadaan blog sekarang.
aku memang mudah rasa bosan.
nak ubahlah.

khamis ni practicum.
nervousnya.

mak tanya lagi.
aku cakap "mak pilih la yang mana satu mak berkenan, nanti kekna habaq kat dia, weh mak aku nak hang".
senang. 


Tuesday, July 21, 2015

Raya ketiga sebagai perantau

Tick tock
Tick tock
Tick tock

Dah 3 tahun rupanya beraya jauh dari family.
Last time maksudnya aku muda remaja lagi.
Dan ini merupakan final year jugak beraya di bumi Auckland.
Tahun ini sedikit lain. 
The fact that aku dah senior pastu semakin ramai junior menyebabkan geng raya menjadi semakin sikit.
Rasa rindu kawan-kawan yang dah BFG.
Hmmm.
Tapi dengan junior pun layan ajelah. 
Pelik jugak kadang2 rakyat sesama Malaysia tapi jumpa kat jalan pun c bertegur. 
Sekurang-kurangnya time raya-raya ni pedulikanlah 2 saat ego just to say Selamat Hari Raya. Gitu.
Tapi akak boleh ajar je. Adik-adik taknak ikut takpelah. 

Eh dah kenapa tone post ni macam hambar sangat raya aku? 
Sedikit lah.
Pastu mula lah rindukan kampung halaman. 
Wuwuwu ye ahh semua balik Malaysia memang la sunyi Auckland. 

Pastu hari ni dah start kelas. 
Isnin back to back baq ang.
Rasa fisabilillah sangat. 

Doakan semoga terus istiqamah mengharungi sem 2 ni. Habis sem ni ada satu sem lagi pastu bye Auckland.

Ok lah belanja sikit (banyak mungkin) gambar-gambar raya akak. 














Setakat ini dulu. Mungkin ada sambungan sebab sempat raya 2 hari ja pstu kelas start.


Muka sem baru. Sebab taknak Monday blues kita pakai merah Bollywood. Rasa macam nak bole chundiyan gak lah tadi. 

Ok bai. 

Oh oh oh
Kawan aku first in batch dah kahwin.
Syokla depa reunion ramai-ramai. 
Aku neves ni nak balik Malaysia calon tak dak lagi. 
Sabaq na makcik makcik, jangan tany. Nanti kalau dah ada saya buat press. 

Ok kali ni serious bye.