Friday, April 26, 2013

ceritera ice-skating

Nak share pasal ice-skating dua hari lepas.
waaa seghonoknyaa ber'ice-skating'.
Kat malaysia, aku tak penah main ice-skating. Kira hari tu lah first time aku buat. guess what, daripada ter-kial kial, last sekali boleh la jugak aku pusing pusing kat court tu tanpa sebarang bantuan. mihihiii.. Tapi kan, sumpah cakap, aku tak tau lah berapa ribu kali aku jatuh. Sakit ooooii.. Setiap kali jatuh, aksi dramatik habis. Setiap kali aku jatuh 'gedebuk!', ok ulang suara, 'gedebuk!', mesti ada mat mat saleh yang akan terus datang and

Random matsaleh : Are you okay?
Aku : No no I'm okay! *sambil senyum kambing busuk*
Random matsaleh : *Then they will ask again* Are you sure you're okay? *muka tak percaya*
Aku : *sambil cuba bangun, dan kadang kadang nak bangun pun 'gedebuk' lagi* Yes! Yes! I'm okay. Thanks.

Aku ayik bajet expert nak skate laju laju padahal beginner a.k.a loser. haha. Kitorang punya session tu 2 jam, tapi yang betul betul main 2 jam in the end, ada 3 orang ja. Aku, Tania and Miza. hewheww. Survivors kononnya.

Pastu bila balik tu, sakit lutut aku. dua dua belah lebam. seksa oi nak semayang. And the next day bila bangun, rasa macam tak boleh keluar dari katil tu. gerak sini sakit, sana sakit. leher sakit, bahu sakit, perut sakit, tangan sakit, kaki sakit. Aaaaa seriously tak penah rasa sakit muscle sampai camni. Pastu bila jumpa kawan kawan yang lain, rupa rupanya semua orang pun sama. Sakit satu badan. Bila nak ketawa, semua pegang perut. Sebab sakit perut. Nak bersin pun sakit. Haha kelakar sebenarnya tapi kelakar kelakar pun seksa gak ah sebab sakit. Tapi aku yang paling banyak jatuh ni memang paling terukla sakitnya.

Hihii tu je nak cerita. So sapa yang tak penah cuba ice-skatig tu cubalah! Worth trying I tell you! :D

When homesickness strikes me

Alhamdulillah. masih diberikan peluang untuk bernafas pagi ni. Terima kasih Ya Allah.
Semalam aku homesick.
jarang berlaku. Tapi bila berlaku agak dahsyat. Air mata yang keluar tu macam air mata yang terkumpul selama beberapa bulan.

Orag cakap study oversea best. Memang best. So far Alhamdulillah aku bersyukur sangat dapat diberikan peluang belajar kat negara orang. Bila cakap 'belajar' tu I mean yes, 'belajar' bukan setakat akademik tapi semua aspek kehidupan. Boleh dapat kawan kawan baru, tengok environment baru, dapat merasa sejuk negara orang, dapat cuba aktiviti-aktiviti baru kat negara orang dan macam macam lagi. tapi yelah, orang kata, untuk dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. Lagi besar apa yang kita dapat, lagi besar kita kena berkorban.

My point is that, leaving my family is a BIG sacrifice. Masa mula mula nak fly, aku fikir, InsyaAllah I'll be fine, tak homesick sangat. Tapi sebenarnya salah. Kadang kadang homesick datang tanpa diundang. Bila fikir yang aku akan hanya balik setahun sekali. Dan setiap kali aku balik, mak bapak and adik beradik aku akan meningkat usia mereka setahun. Itu buat aku sedih. Tambah tambah bila dengar berita yang kurang sedap. Aku takut. Tipulah kalau semua orang tak takut. Bila jauh dari family, hanya Allah lah tempat kita bergantung harap untuk menjaga mereka. Dan baru kita sedar semua ni hanya pinjaman. Tiada yang kekal. Kalau dulu, siap countdown bagai bila nak balik kampung, tapi duk sini, nak countdown hapenye, baru 2 bulan duduk sini. Kalau tiket balik malaysia sengget tak hapelah.

Semalam kol, ayah cakap, "sabaq sat nah. Nak buat camna, kenalah tabah". Aku faham. Aku tau aku kena tabah. Tapi bila ayah cakap, aku rasa sayu. mesti dia pun rindu aku. Aku rindu adik adik aku.

Tak tak aku tak sedih dah. Aku cuma rindu family.

"Ya Allah, jagalah kedua ibu bapaku dan seluruh ahli keluargaku, kurniakanlah kecukupan kepada mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, kuatkanlah iman mereka, tenangkanlah hati mereka, keluarkanlah mereka daripada segala kekusutan dan kegelisahan Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..."


Wednesday, April 17, 2013

you put the title

ohhhhh ahhh uhhhh ehhh lalalalalalaaaaa...
dah lama tak update blog. semenjak dok sini aku dh xde idea nak tulis apa kat blog. oh harap encik mlog tidak berkecil hati. saya tetap sayang awak macam dulu..cuma sekarang saya kurang ligat menaip di laman ini.

aku ada kawan.
aku sayang kawan.
tapi family tak boleh lawan.
kawan ni ada yang membahagiakan.
ada yang menguji kesabaran.
tapi semua yang datang sebenranya nak bagi ganjaran.
kalau kita ada kekuatan.
untuk terus bertahan.

sabar.
sabar itu penawar.
semoga hati segar bugar.

Friday, April 5, 2013

I wanna be fearless

I wanna be fearless talking at the front.
I wanna be fearless voicing out my opinion to the lecturer.
I wanna be fearless telling people my stand.
I wanna be fearless doing something new.
I wanna be fearless mingling with native speakers.
I wanna be fearless.

But in the end.
I'm just a girl, trying to find a place in this world(quoted from taylor swift's song).
I'm just a migratory bird that transits in a new land.
I'm just an ant to this giant world.
I'm just typical Malaysian who conscious too much.
I'm just Niena.

Wake up Niena! Be more confident.
Be bold! You are not as small as you're seen.
You are big in heart.

*secebis motivasi untuk diri yang sangat rendah self-esteem*