Monday, December 24, 2012

pre summer school post

nampak muka aku macam macho kan? tapi rupanya takut jarum.hahahaa. bukanla jarum jahit tu. agak2la korang ni. jarum suntik tuuu.. ha tadi buat medical check up pastu ada la 2 3 kali doktor cucuk aku. katanya, tetiba darah slow. sebab aku takut sangat. tapi aku buat cool je camtu.. ingatdh cukup macho.haha. last2 kena cucuk belah kanan.
teeet. tak menarik nk cerita.

orag kata, hidup perlu diteruskan. orang putih kata, life goes on. kebahagiaan tu tak semua orang dapat rasa. tuan punya badan saja yang tahu. so far ada dua orang sebegitu dalam hidup aku (excludng family). terima kasih kalian.

sebenarnya diari sudah lama tak ditulis.

i got a starstruck. 1D drives me crazy. kah3. aku nak diorang semua! haha taylor swift punya taste sama ngn aku ah. help me please!! i'm wonderstruck!
k adios!

Sunday, December 23, 2012

mak nak menantu oooii

mak aku asyik cakap nak menantu. anak dara ada tiga. 24, 22, 20. semua belum ada calon. mak dah bising. betul la kata ustaz azhar, aklau anak nak kawin, mak kena sorok dalam almari. sebab yang berianye pasti mak. haih. comel sungguh golongan si ibu ni. ni semua penangan kenduri yang berderet deret musim cuti ni. maklumla musim cuti ni memang sinonim ngan musim mengawan kawin. ops. maaf terkasar bahasa. gurau kasar saja.

mak dah siap cakap, "nanti kenduri, mak tak mau lah buat kat dewan, nak buat kat rumah, rasa macam nak buat malam, xpenat sangat, semua mai serentak. make up pengantin tu xpayah la tebal sangat. biasa2 dhlaa.."

ha nampak tak tu? semua nya penangan kenduri. hahah. comel sungguh mak saya ni.

nad beli cardigan baru. dia yang cakap. dia jugak peminat setia dan tegar si ainan tasneem. suka betul dia. sikit sikit nyanyi lagu ainan tasneem. ringtone, caller ringtone semua lagu dia.bilik dia pon tampal poster ainan tasneem.

suka hatilah nak percaya ke tak. better tak. haha.

Thursday, December 20, 2012

mara teruslah mara

ha nampak tak tajuk post yang sangat berjiwa mara tu?
sebenarnya nak lepas geram sikit.
tadi pagi nad kejut aku bangun pukul berapa tak payah la aku mensi. katanya aku ngn dia je ada prob. 'problem' tu gimik je lebih, mungkin berkat doa nad, akhirnya memang jadi problem sungguh. HAHA
katanya, MARA suruh call bagitau alamat. aku pun bertindakla seperti yang disuruh. call la number yang diberi. call call orang MARA dok buat teghok tak tau aku ni sapa. ha pastu mulala tanya soalan itu ini.
"adik ni sapa adik?"
"adik dari mana?"
"siapa suruh adik call ni?"
"nak cakap dengan sapa? nama pegawai? bahagian mana?"
semakin banyak soalan yang ditanya semakin tension si penanya sebab aku jawab pon macam err errr gitu kan. yelah, mana lah aku tahu. yang aku tahu MARA suruh aku call diorang. ITU SAHAJA. yang tanya soalan banyak banyak tu sikit pun tak menyelesaikan masalah. perasaan masa tu macam aku ni budak budak yang main telefon dok call number random. ha m,acam tu lah aku rasa.
last last dia reject call aku. dan lagi dan lagi. aku rasa ada la sepuluh sebelas kali kot aku call termasuk yang tak diangkat. lemas dan rimas mungkin.

aku pun fed up. dan give up. parents aku balik balik(dari bank) terus tanya. macam mana urusan dengan orang MARA tu? dah settle ke belum? aku pun cerita la apa yang berlaku. menggalas tugas sebagai heroin malaya, mak aku pun turun padang cakap "meh sini mak yang call"

mak aku pun call la direct bahagian penganjuran. ambik number dari internet. same case. diorang tak kenal and tak tau apa2. haih. lalu aku pun cakap la kat abu apa harus gue buat. abu pun bagi suggestion a.k.a solution untuk terus call puan noriza.

maka kes selesai. kes ditutup.

Wednesday, December 12, 2012

and the routine begins

it's been a week since i left SITC. missing them already. i will miss fahmi and iqbal the most for sure. bukan sebab apa, tiap tiap hari diorang buat office tu jadi happening. perangai random plus sewel. haha. will be missing aswad too. best person to talk with. actually kalau layan sembang ngan aswad tu sampai esok pon tak habis.

and this is how i describe them :

IQBAL : likeable
FAHMI : adorable
ASWAD : friendly
JB : cool
IZWIN : sempoi
BLACK : kind

haha actually fail lah nak describe people with a word. because it's beyond words kan?
daaaa. adios.

Tuesday, December 4, 2012

goodbye SITC

Tomorrow is Wednesday. Tomorrow will be my last day working here. One month here, all i can say is, it was an awesome experience. I'm glad that even though I am the youngest among them all, but we all can be friends. they are all very nice, caring and friendly..they are like families. Very close and helpful to each other. Plus, everyone is so workaholic. Well, aku keje sini sebulan je kan, sape lah sangat aku ni. pasni, they will all busy and takde sape nak ingat aku dah. So, i guess i shall say goodbye SITC. bye!

Thanks for the memories!

Saturday, December 1, 2012

manusia bukan komputer

pernah tak satu ketika dalam hidup rasa macam nak jadi komputer kejap? kejap je. hanya untuk men'delete' memori memori bangang ke recycle bin. lebih drastik lagi, ingin meng'empty'kan recycle bin tu. selalu rasa macam tu. tapi itulah, manusia bukan robot, bukan komputer. minda manusia tak boleh diformat. hati? lagilah mustahil. cuma mampu bersihkan saja. bagi imej baru. itulah agungnya ciptaan Allah.

sesetengah memori pulak rasa macam nak rewind rewind dan rewind lagi. tapi, itulah. seperti kata kata wise man, life goes on. ha aku kata tadi? maksudnya akulah wise man tu. korang pon kata? ok kita memang wise man. ok lupa dah point tadi. ha kau! melalut lagi. ok back to yang itu. kadang kadang rasa macam nak pause, dan sebagainya. tapi itulah. manusia bukan komputer.

just seal the day. semoga Tuhan sentiasa membimbing kita agar tidak tersasar dari jalan yang lurus.

perasaan tu datang sendiri lah. aku tak mintak. forgive me for still loving you.
eeiiu ayat nak geli habis. menyampah. orang kata tak salah kan nak suka kan orang. cuma mohon Tuhan bimbing perasaan ini. Aaamiin.