Friday, June 29, 2012

syukur dah dapat

syukur Alhamdulillah setelah beberapa hari tertunda finally dah smpai pon si PKQ. oh yeah dan secara rasminya si pejuang menjadi milikku. hihi. ayah cakap nanti malulah kalau lekat sticker doraemon sana sini. oh ayah, come on. tak perasan ke anak ayah ni dah besaq? mana main dah doraemon doraemon ni. hihi tapi besar kemungkinan pink lah nanti si dia. keh keh keh.

dan tadi masa ambil tu, pak cik tu tanya mak ayah, "ni ka yg belajaq kat smkk (sek men kebangsaan kulim) tu? oh noo.. again.. saya 20 okayy?? *cekak pinggang dan suara sengau sikit*

adik aku dah makin bijak berceloteh. nampak bijak. belajar rajin rajin ye dodah. :) i love you. ouchhh sweet bhaii.

tadi tengok Lagenda Budak Setan dekat astro citra. tidak. aku tak nak dapat suami panas baran macam si azman tu. kaki pukul. oh tidaakk.. jangan kasar dengan pompuan boleh?? tak gentlemen langsung. contohilah daddy saya :) pandai memujuk. :)

ohhhh baby sangat comel faham tak? nampaknya masih ada orang tak faham.

bye selamat malam.

p/s : doakan kejayaan saya dalam ALevel dan berjaya New Zealand ye kawan kawan.

Monday, June 25, 2012

this is what we call sleep tight, sweet dreamz.. :)

introducing!
my friendssss...
malam malam ditemani oleh si comel si comel inilah.
bukan malam sahaja.
siang tak kurang hebatnya. 
ini keluarga asasnya. yang aku. lu'lu sr. dah mati :'(
lu'lu sr. dalam kenangan. annoying seyh muka aku. =.=' suka hatilah blog aku.

ni plak keluarga berkembang. semua ni nasabnya bercampur. sebab tu pelbagai bentuk, saiz dan rupa. koleksi aku, adik dan kakak kakak aku.

post rawak


*singing*
Jari emari menyusun tari, indah pesona tiada tandingannya
Dikaulah puteri yang bersemadi… lalalalaaa
(ni lagu kaer azmi, tajuknya errr lupa.. *dush*)

Keluarga dari langkawi datang semalam. Semestinya gembira tak terkata.

Sekarang rutin harian, prepare breakfast untuk mak ayah dan adik adik sebelum ke sekolah, kemudian sambung tidur.*oppps*. kemudian kemas rumah, basuh kain, sidai kain, pendek kata segala house chores lah, masak, tengok tv (Benci Bilang Cinta yang dulu tertinggal. Nasib baik ada ulangan). hehe. pukul 3.30 barulah suami balik keje. eh, salah.belum kawin rupanya aku ni. 3.30 adik balik dari tadika barulah ade kawan. tapi seronok. perasaan duduk di rumah sangat bahagia tahu?

Alahai cairnya tengok si Mia Sara dalam ‘Sekali Lagi’ tu. geramnyee.. kenapala comel sangat budak kecik tu? bijak plak tuh. rasa nak culik bawak balik. Serious.

Teringin nak hang out ngan kawan actually. sapa free ajak lah saya keluar. hehe.. :P
Harap plan ke langkawi bulan 8 ni menjadi. tak sabar rasa, tapi kena kumpul duit dulu.
Ehem ehem.

My name is Nur Amalina. You can call me Miss Nina. I’m from Penang. *senyum sampai telinga*
(berangan mengajar. Senyap ah!)
Bye.


Sunday, June 24, 2012

pencarian tak berhasil

tadi jalan jalan maya. kononnya mahu tukar template. tak suka header ni, buruk. sobss. takpelah lain kali cuba lagi. hari ni dah give up.

cerita orang kawin muda tapi tak bahagia. kesian. takpelah, ujian dari Allah. awak, Dia sayang awak. sebab tu Dia uji awak macam tu. takpe, sabar. sabar itu ajaib. InsyaAllah everything will be fine. saya doakan yang terbaik untuk awak, farah :)
(dedikasi untuk orang yg tak mendengar)

hujan tak turun. agak panas pulau yang berpinangkan pokok ni.

setiap hari risau memikirkan result.


mak cakap kena cuba. ya, memang mahu cuba. tapi bagaimana? lupakanlah.

baiklah, selamat malam. adios.

setiap hari pasang the duck song untuk adik aku. suka sangat dia dengan duck song tu. bagi kawin dengan duck tu baru tau. 

Wednesday, June 20, 2012

jodoh di tangan Tuhan

wahh tajuk post mengada betul. bukan apa, hari tu tunjuk kat mak katalog(aku pon x tau nak kata katalog ke, majalah ke, brochure ke, whatever) pasal Wellington University. kan hari tu diorang datang kolej pastu ada bagi buku tebal2 tu. pastu mak tengok, timbullah dialog singkat ni.

 mak : tak pa, mak doakan kak lina dapat di sana.
aku : dapat apa mak?
mak : jodoh.
aku : *gulp*

haha ingatkan mak doakan aku dapat g sana. kah kah kah kelakar sungguh mak saya. mak nak menantu ni. ha cepat sapa nak masuk cepat. kakak aku single mingle lagi. haha.
entah apa aku merepeks.

nak tahu? hari tu dah habis ALevel dapat hadiah farewell.. happy tawww.. *mengada*
dua novel cantik dan satu pashmina selembut sutera. hihii. terima kasih si pemberi sopan dan cantik. :P
satu lagi ikan bilis x bertulang. Without Anchovies. macam gempak je tajuk. curious. tapi kena tertib. yang dahulu harus didahulukan.nantilah. sekarang ni i busy.

cakap pasal jodoh kan, mengarut betul aku ni. masuk kms suka dia tu lah, dia ni lah. last last tak suka sape. haha standard lah tu.. ala sumber inspirasi sementara je semua tu. nak gi kelas kena semangat sikit. muahaha.. eh, tapi mungkin ada yang tak sementara sangat. hik2.

mengada lah minah ni malam ni. oklah, bye.

Sunday, June 17, 2012

rumah manis rumah

currently at home. Taman Sempadan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. seronok tahu?? tak payah fikir bila nak balik kolej semula.. wuhuuuu..

Alhamdulillah dah tamatkan pengajian ALevel di kolej mara seremban. satu tempat penuh suka duka, penuh warna warni, penuh kenangan pahit manis. tapi kesimpulannya, tak rasa macam nak balik ke tempat tu.. hik2..tapi bila fikir pasal exam, sumpah cuak. ni la exam paling penting dalam hidup aku setakat ni. nak menentukan sama ada boleh fly atau tidak. sama sama lah doakan aku ek.

satu pengalaman mengerikan hari ni. buat pertama kalinya terperangkap dalam lif di hospital taipng tadi. masuk lif, tekan button tiba2 rasa lif tu macam bergegar. macam berkocak kocak gitu. aku dah cuak. sumpah cuak. adik aku boleh tergelak gelak. kelakar mungkin pada dia. tapi bukan pada aku. setiap kali naik lif, aku selalu bayangkan terperangkap dalam lif. tapi hari ni it really happened. and aku... tak boleh bercakap sepatah pon. muka dah pucat. jantung berdegup kencang macam jumpa si jantung hati. (hahahaa cuma simile.jangan ambil serious). tapi Alhamdulillah 5 minit pastu, pintu tu suddenly terbuka and i was like... (ffuuuhhhh... inhale deeply..) keluar pada lif tu, rasa tak stabil. macam nak pengsan. gelabah tak aku? mak kakak and adik aku semua cool je. tapi aku memang cepat pengsan kalau tak cukup oxygen ni. dah keluar hospital, kaki aku tak berhenti shaking. sampai mak aku kena pegang kaki kanan aku nak bagi berhenti shaking. cuak punya pasal. after effect over la plak. haha.

errrr banyak pulak berceloteh. excited lama tak mlogging.. rindu mlog. muah muah. eeeiuu tak boleh geli lagi?? k bye... :D


Saturday, June 9, 2012

hoping

hoping that things will change.
rindu rumah.
seminggu lagi.
tabahlah wahai si manis. awwww.... perasan.
di blog sendiri lah nak puji diri sendiri pon.

doakan aku dapat ke New Zealand. :')
aku nak visit library kat sana.
aku nk sedut udara Auckland.
aku nak jumpa sis afrahah kat sana.
mungkin siddiq foong juga. kui3..
InsyaAllah ada rezeki kau akan ke sana.
kau akan naik flight buat pertama kalinya.
InsyaAllah berkat doa mak ngan ayah kau akan ke sana.
such a big dream isn't it?
im approaching i knew.
but things are never certain, except death.

God has written everything.
if He said you'll be there, then you will.
no worries. raise your hands and keep praying niena.
:'))


 

Wednesday, June 6, 2012

socio fever is over. lega. syukur Ya Allah..
perasaan menjawab tadi the worse ever. bukan sebab tak boleh jawab ke hape.nk kata boleh jawab sangat pon tak jugak. kira suam suam kuku la.. tapi nk ceritanya penderitaan menulis essay 3 jam direct sangat dahsyat.. lenguh weyy lenguh... before ni maximum kitorang 2 jam je.. tak penah teacher buat macam real exam ni. tapi bagus jugak. tak sanggup aku nak duduk 3 jam tu berkali kali. sampai ada satu tahap tadi aku rasa mcm nak give up menulis. rasa mcm nak baling je pen aku tu and ngamuk 1 dewan and jerit.. LENGUHHHH!!! bunyi mcm exxagerate kan? tapi itulah yg aku rasa tadi. tapi apakan daya, kena tulis dan tulis jugak sebab masa tu limited gila kalau nk compare dengan essay yang panjang berjela tu. adoyaii.. dahla nak ngarang 3 jam tu kena 100% rely on memories. socio ni bukan macam literature, boleh comment ikut common sense. dia totally facts, facts and facts. sampai kadang kadang tu, anda boleh menghafal benda tu dengan sangat excellent walaupun pemahaman hanyalah 0%. itulah socio. atau lebih tepat lagi, itulah niena dan socio..

sekarang tinggal lagi 1 subjek je. LITERATURE. 2 paper. essay 2 hours each.. harap2 dapat buat sehabis baik. hhmmm oklah. bosan dah. bye!

Tuesday, June 5, 2012

10 hari mencari pasal





assalamualaikum...

berbakikan 10 hari lagi sebelum aku tamatkan A Level, i know i need to be strong. time ni nak kena cuba kuatkan diri terima segala macam ragam manusia. x kurang jugak, ragam diri sendiri yang kadang kadang mencari penyakit.
insiden tadi, sumpah terasa. sangat. aku sabar.
kenapa sesetengah orang tak faham sensitiviti orang lain??
manusia x sempurna. janganla rasa bagus bila kelebihan yang kita ade tu tak de kat orang lain. haish. emo. kalau diberi pilihan, kita memang nak semua yang cantik cantik, elok elok belaka, tapi manusia kan tak sempurna. sedih tahu? takpe, macam mana pun aku, mak aku sayang aku.

esok socio. tak perlu emo lagi niena. gurau tu. takpelah, mudah mudahan kita semua dapat jawab dengan tenang dan cemerlang esok. Aaaaaamiiiin...