Monday, December 24, 2012

pre summer school post

nampak muka aku macam macho kan? tapi rupanya takut jarum.hahahaa. bukanla jarum jahit tu. agak2la korang ni. jarum suntik tuuu.. ha tadi buat medical check up pastu ada la 2 3 kali doktor cucuk aku. katanya, tetiba darah slow. sebab aku takut sangat. tapi aku buat cool je camtu.. ingatdh cukup macho.haha. last2 kena cucuk belah kanan.
teeet. tak menarik nk cerita.

orag kata, hidup perlu diteruskan. orang putih kata, life goes on. kebahagiaan tu tak semua orang dapat rasa. tuan punya badan saja yang tahu. so far ada dua orang sebegitu dalam hidup aku (excludng family). terima kasih kalian.

sebenarnya diari sudah lama tak ditulis.

i got a starstruck. 1D drives me crazy. kah3. aku nak diorang semua! haha taylor swift punya taste sama ngn aku ah. help me please!! i'm wonderstruck!
k adios!

Sunday, December 23, 2012

mak nak menantu oooii

mak aku asyik cakap nak menantu. anak dara ada tiga. 24, 22, 20. semua belum ada calon. mak dah bising. betul la kata ustaz azhar, aklau anak nak kawin, mak kena sorok dalam almari. sebab yang berianye pasti mak. haih. comel sungguh golongan si ibu ni. ni semua penangan kenduri yang berderet deret musim cuti ni. maklumla musim cuti ni memang sinonim ngan musim mengawan kawin. ops. maaf terkasar bahasa. gurau kasar saja.

mak dah siap cakap, "nanti kenduri, mak tak mau lah buat kat dewan, nak buat kat rumah, rasa macam nak buat malam, xpenat sangat, semua mai serentak. make up pengantin tu xpayah la tebal sangat. biasa2 dhlaa.."

ha nampak tak tu? semua nya penangan kenduri. hahah. comel sungguh mak saya ni.

nad beli cardigan baru. dia yang cakap. dia jugak peminat setia dan tegar si ainan tasneem. suka betul dia. sikit sikit nyanyi lagu ainan tasneem. ringtone, caller ringtone semua lagu dia.bilik dia pon tampal poster ainan tasneem.

suka hatilah nak percaya ke tak. better tak. haha.

Thursday, December 20, 2012

mara teruslah mara

ha nampak tak tajuk post yang sangat berjiwa mara tu?
sebenarnya nak lepas geram sikit.
tadi pagi nad kejut aku bangun pukul berapa tak payah la aku mensi. katanya aku ngn dia je ada prob. 'problem' tu gimik je lebih, mungkin berkat doa nad, akhirnya memang jadi problem sungguh. HAHA
katanya, MARA suruh call bagitau alamat. aku pun bertindakla seperti yang disuruh. call la number yang diberi. call call orang MARA dok buat teghok tak tau aku ni sapa. ha pastu mulala tanya soalan itu ini.
"adik ni sapa adik?"
"adik dari mana?"
"siapa suruh adik call ni?"
"nak cakap dengan sapa? nama pegawai? bahagian mana?"
semakin banyak soalan yang ditanya semakin tension si penanya sebab aku jawab pon macam err errr gitu kan. yelah, mana lah aku tahu. yang aku tahu MARA suruh aku call diorang. ITU SAHAJA. yang tanya soalan banyak banyak tu sikit pun tak menyelesaikan masalah. perasaan masa tu macam aku ni budak budak yang main telefon dok call number random. ha m,acam tu lah aku rasa.
last last dia reject call aku. dan lagi dan lagi. aku rasa ada la sepuluh sebelas kali kot aku call termasuk yang tak diangkat. lemas dan rimas mungkin.

aku pun fed up. dan give up. parents aku balik balik(dari bank) terus tanya. macam mana urusan dengan orang MARA tu? dah settle ke belum? aku pun cerita la apa yang berlaku. menggalas tugas sebagai heroin malaya, mak aku pun turun padang cakap "meh sini mak yang call"

mak aku pun call la direct bahagian penganjuran. ambik number dari internet. same case. diorang tak kenal and tak tau apa2. haih. lalu aku pun cakap la kat abu apa harus gue buat. abu pun bagi suggestion a.k.a solution untuk terus call puan noriza.

maka kes selesai. kes ditutup.

Wednesday, December 12, 2012

and the routine begins

it's been a week since i left SITC. missing them already. i will miss fahmi and iqbal the most for sure. bukan sebab apa, tiap tiap hari diorang buat office tu jadi happening. perangai random plus sewel. haha. will be missing aswad too. best person to talk with. actually kalau layan sembang ngan aswad tu sampai esok pon tak habis.

and this is how i describe them :

IQBAL : likeable
FAHMI : adorable
ASWAD : friendly
JB : cool
IZWIN : sempoi
BLACK : kind

haha actually fail lah nak describe people with a word. because it's beyond words kan?
daaaa. adios.

Tuesday, December 4, 2012

goodbye SITC

Tomorrow is Wednesday. Tomorrow will be my last day working here. One month here, all i can say is, it was an awesome experience. I'm glad that even though I am the youngest among them all, but we all can be friends. they are all very nice, caring and friendly..they are like families. Very close and helpful to each other. Plus, everyone is so workaholic. Well, aku keje sini sebulan je kan, sape lah sangat aku ni. pasni, they will all busy and takde sape nak ingat aku dah. So, i guess i shall say goodbye SITC. bye!

Thanks for the memories!

Saturday, December 1, 2012

manusia bukan komputer

pernah tak satu ketika dalam hidup rasa macam nak jadi komputer kejap? kejap je. hanya untuk men'delete' memori memori bangang ke recycle bin. lebih drastik lagi, ingin meng'empty'kan recycle bin tu. selalu rasa macam tu. tapi itulah, manusia bukan robot, bukan komputer. minda manusia tak boleh diformat. hati? lagilah mustahil. cuma mampu bersihkan saja. bagi imej baru. itulah agungnya ciptaan Allah.

sesetengah memori pulak rasa macam nak rewind rewind dan rewind lagi. tapi, itulah. seperti kata kata wise man, life goes on. ha aku kata tadi? maksudnya akulah wise man tu. korang pon kata? ok kita memang wise man. ok lupa dah point tadi. ha kau! melalut lagi. ok back to yang itu. kadang kadang rasa macam nak pause, dan sebagainya. tapi itulah. manusia bukan komputer.

just seal the day. semoga Tuhan sentiasa membimbing kita agar tidak tersasar dari jalan yang lurus.

perasaan tu datang sendiri lah. aku tak mintak. forgive me for still loving you.
eeiiu ayat nak geli habis. menyampah. orang kata tak salah kan nak suka kan orang. cuma mohon Tuhan bimbing perasaan ini. Aaamiin.

Friday, November 30, 2012

hai

kalau belum ucap Alhamdulillh lagi hari ni jom sama sama bertahmid.

ok hai.
dah lama tak blogging. rasa macam dah hilang skill pulak. ceh, ada pulak skill selama ni kan? haha. kelakar pulak hari tu terjumpa shuk dekat UMall. tengok muka si cashier tu macam kenal. aku pun tertegur la. "Shuk!".. dan err errr AWKWARD bila tiba tiba sembang gitu gitu dengan orang yang tak pernah sembang kann.

InsyaAllah tak lama mana dah nak sampai ke bumi kiwi. moga dipermudahkan segala-galanya.. goodluck ye untuk si selebet di Wellington nanti. untungla dah dapat "The Charm Bracelet". cess.

tak lama lagi bakal menamatkan kerja si SITC. must be missing that place so much. semua bebaik belaka. good luck everyone!

bosan.kbye.

Wednesday, November 21, 2012

cherish it while we have it


Tiba tiba teringatkan ustazah asma.. terbayang bayang rupa ustazah yang comel. Rindu ustazah. Semoga ustazah sihat selalu dan sentiasa dirahmatinya.

Segala masalah semua pokok pangkalnya agama. Check balik masing masing. Semua perkara pun mesti bersangkut paut dengan agama. Politik tidak terkecuali. Tapi masih ramai yang gagal mengerti. Oh maaf, tiada sebarang agenda di sini.

Solat tiang agama.

Tuhan itu satu.

Rasulullah SAW role model terbaik dan evergreen.

Usah nafi.


Wednesday, November 14, 2012

tiada hala

tempoh bekerja masih berbaki.
bagus. sudah ada musuh di sana. haha.
masing masing ada karakter sendiri.
seronok observe ragam manusia.
ada yang panjang, pendek, kembeng, comel, naif, dan macam macam.
garam gula dalam rencah rasa.

sebenarnya masih setia.

oh hari hari contact sahabat.
haha sapa terasa macam hari hari ter'contact' tu silalah terasa.
mungkin ramai tak tahu
tapi kebanyakan inbox, whatsapp, viber, fb, dan seumpamanya semuanya insan itu.
insan istimewa. (tiba tiba rasa bercakap pasal budak cacat)
ok dia memang cacat.
kalau ketawa seolah olah lawak itulah tahap paling antarabangsa.
kadang kadang excited tanpa warning.
haih layan aje.

nafsu shopping ni tak boleh layan sangat.
itu pun kalau nak berjimat.
yeah.mesti. mesti berjimat.

ok trimas.

Wednesday, November 7, 2012

working life

currently establishing a new life in JB
this is my workplace.



SITC ni tempat sports actually. tapi i'm here untuk projeck 3D animation. hopefully, everything runs smoothly till the end of the project. tak sabar nak tengok result dia nanti.best keje kat sini. feels like home! colleagues semua baik2 and friendly eventhough semua dah tua. takdela tua mana. cuma aku je yang muda. mostly, semua above 25 sebab budak budak PhD belaka. yang muda muda semua budak budak project 3D.

ok last week pegi tanjung balau. pastu jumpa diba kat sana. tak mandi pon. menggedik amik gambar aje. pegi tu pun sebab nak jumpa diba je..

diba rapper kooott..





comel kan kitorang. oppang karang!!

kengkonon titanic.

video clip ombak rindu. verangan.

lepas tu gi rumah diba. mak dia prepare nasi beriani for lunch. hewheww.. parents diba gila sporting. haha. best giler ar lepak rumah dia. InsyaAllah ada rezeki nanti aku pegi lagi ye diba. :)

si majid yang boncit!


gambar resdung. dua dua garu hidung.HAHA

Friday, October 26, 2012

selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya aidil adha semua.
lembu taman sempadan memang legend.
tahu kenapa?
tahun lepas lembu korban dicuri oleh keling.
dan tahun ini. sejarah berulang lagi, cuma versionnya lain sedikit.
lembu melepaskan diri. bunyinya lagi dramatik bukan?
HAHA
kecoh malam raya lembu hilang.
time sepatutnya baca yaasin ramai2 di surau jadi satu kerja pulak kena pegi kejar lembu.
haha akhirnya kekecohan tamat. lembu berjaya ditambat.
mesti lembu tu bangga jadi bualan. menyampah. jenis attention seeker jugak lelembu zaman sekarang ni.
the end.

itu kisah lembu.
sebenarnya kan, terkilan tak dapat number miss zalina.
hari tu masa graduation sembang ngan teacher rasa syahdu. rasa terharu dengan teacher. teacher ingat aku. huhu nak invite teacher datang rumah tapi takde number. sorry teacher. tapi saya tak lupa teacher.

pagi raya selalu drama air mata. saya sayang mummy ngan daddy. nak tak share mummy ngan daddy saya?? hewhewwww..

selamat hari raya semua. maaf atas segala kekhilafan. sincerely. :')



Monday, October 22, 2012

my baby you

tajuk random. sumpah random.

masa aku tahu tu kan, aku menangis. over kan aku? tapiiii aku sedih sangat. sumpah sedih. haish. i can't imagine if i were you.

aku dah cakap kat nad hari tu aku nak. takpelah, cakap kat nad jelah. tak kan nak bagitau semua orang. #PrayForUs

terima kasih kepada yang mendoakan. semoga anda sentiasa diberkati. Aaaaaamiiin.

kih3. semangat tak semangat, aku dah beli luggage. haaa mak spirit sangat sebab time tu ada offer. huhuhu aku tak excited sangat luggage tu, aku lagi excited isi dalam luggage tu nantiii. tapi tunggu fulus masyuk dulu ah. kbye

Saturday, October 13, 2012

bola baling tetap di hatiku

sumpah aku rindu nak main bola baling. dulu aku player tegar handball. jom lah kita cerita sikit ye. aku start play handball masa darjah 3. masa tu actually time PJ je. tapi cikgu tengok aku agresif semacam. so cikgu pon tariklah aku masuk team sekolah. aku masuk jadi reserved player. maklumla kanak kanak ribena lagi time tu.

masuk darjah 4 aku masih tegar bermain and skill makin baik.lalu jadilah pemain utama..my position is bet. darjah 5 pun begitu cuma position aku di'varied'kan oleh cikgu sebab katanya aku boleh main macam macam position. cuma as a main striker tu kureng sikit sebab time nak shoot selalu bola tak cukup kencang.

masukla darjah 6.ok, ini zaman kegemilangan. aku masih main player team sekolah aku. Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir. pastu, masa peringkat PKG(setengah tempat panggil zon), sekolah aku dapat tempat ke3. jadinya coach sekolah yang dapat tempat pertama ni bertindak sebagai coach daerah. and i was selected to be one of the district players. terkejut gak time tu. kenapa aku?? tapi jawapan yang sama diberikan, "aku agresif" =_=' ada 3 orang sebenarnya budak sekolah aku yang dipilih untuk peringkat daerah tapi 2 orang lagi kawan aku tu tarik diri sebab tak tahan training. sumpah training kerap gila sampai muka aku ngan arang batu jadi serupa. tapi disebabkan passion aku terhadap handball, aku sangat enjoy training. lagipun, banyak gila skills yang belajar. cara nak shoot sambil lompat etc. waaaa rindunya nak main lagi. kemudian, team kitorang menang di peiringkat daerah, begitulah juga peringkat negeri. tapi lepas tu, aku tarik diri sebab nak tumpukan pada UPSR(kengkononnya.actually ada personal reason lain)..walaupun coach aku pujuk suruh masuk jugak tapi aku tetap dengan keputusan aku tarik diri.
Alhamdulillah keputusan UPSR memberangsangkan. aku dinobatkan sebagai olahragawati sekolah tahun tu. kah3... juga tokoh pelajar. awwww malu plak. (tokoh la sangat kannnn =_=')

masuk form 1, aku continue masuk handball lagi.disebabkan asyik turun training, cikgu sains aku tegur, "laaaaa amalina, sampai dah hitam dah muka" haha apa boleh buat. jiwa handball masih kental. sampaila masuk form 3, aku terpaksa give up handball for pmr. plus, time tu aku masuk drama in english. so mak aku suruh pilih either one. so aku pilih la drama. cari pengalaman baru :)

form 4 masuk soksek so susah la nak masuk team handball sekolah orang kan. so aku dah quit.

masuk form 5 ada game handball antara kelas. so aku masukla. aku perasan, aku pancit time tu. huhuuuu dah lama tinggal handball. plus, duduk asrama mana penah exercise oi.hahaa..

i hope, dekat auckland nanti ada handball club and i really wanna join it. plus, kat sana, handball nya indoor kan. so it must be fun!! wuhuuuu...

oklah, that's all about my handball life. nothing interesting pon cuma i just wanna share it sebab saaaaangat rindu nak main lagi.

Thursday, October 11, 2012

happy 24th birthday kak ayanggg

saya ada kakak. dia sulung. hari ni birthday dia. jadi marilah sama sama kita doakan kesejahteraan dia. to my sis, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam hidayahNya.

kakak saya chumell tapi belum ada 'apple of her eye'. yang ada cuma epal dalam peti ais. jadi, marilah sama sama kita doakan semoga dipercepatkan jodoh dia. mak ngan ayah saya sangat risau sebab dia masih belum ada calon. saya juga dah kempunan baby. nak ada baby sendiri,macam awal sangat. jadi mengharapkan kedatangan anak sedara lah yee. hikhikss..

kalau sapa sapa ada rasa nak jadi abang ipar saya, sila lah ye. hehee..kita bawak bincang. keh3. aku dah melalut nih. kbye.

she's tyhe one yang belah kiri tau. haipp! yang kanan jangan kacau!! dia tengah in love dengan daddy saya.hikhik. :P
love you kak ayangggggg <3 <3 <3

Monday, October 8, 2012

"When Rainbows End"

It's a title of a novel from Cecelia Ahern.
this is my rating of the novel.

Cover : 10/10 (great combination of colours.baby blue and soft pink :))
Style of writing : 9/10 (all are emails, instant messages and letters.no narration at all except for the epilogue part.so i guess, it is distinct from the other novels in terms of this)
Language used : 8/10. (easy to understand)
Overall Plot : 6/10

comment : wuwuwuwwww... frust oh sebab throughout the story, i keep hoping that they will get together. but they only got together at the age of 50. they were best frieds for almost 50 years, yet they were actually keeping the same feelings towards each other. they both lived in denial for 50 years. tapi respect ah sebab their friendship remains for yearsss.. i dont know if such things ever happened in reality. i know the soundtrack should be the song by Colbie Caillat and Jasoz Mraz tu, "Lucky"

"Lucky I'm in love with my best friend. Lucky to have been what I have been. Lucky to be coming home again"

kih kih kihh.. adios!

Saturday, October 6, 2012

mimpi indah

mimpi tak tahu hujung pangkal. tapi imej yang clear hanyalah secene itu. begini kisahnya :

aku tak ingat ada event apa tapi cipot dan sarirah(roomate aku tu) tak dapat pulang ke rumah sebab takde transport. dalam mimpi tu cipot dan sarirah berpelukan,(ketakutan mungkin). haha.
kemudian, aku pun bertindak sebagai kawan sejati dengan melahirkan rasa risau dn bimbang terhadap mereka.

Niena : alaa, cemana aku nak tolong korang eh? aku datang ngan parents aku. kalau aku datang sorang boleh la aku hantarkan korang.

 bla bla blaa.. tak ingat. kemudian aku pon cakap.

Niena : ha, aku tahu.tadi aku nampak 'dia' datang seniri naik kereta. kejap, aku try mintak tolong dia. dia tak kesah kot.
Cipot : eh. kau biar betul niena?? tak kan kau nak cakap ngan dia?
Niena : aaa entah. boleh kot.
*tiba tiba nampak si dia ke arah kereta. aku pon melambai lambai bagi isyarat menandakan 'sini jap'.lalu dia pon datang lah and guess what? kereta mewah oooh! kereta sport kaler putih yang takde bumbung tu. he's only 20 tapi dah ada kereta sport seniri.lol mimpi memang mengarut.*
Niena : *menghampiri kereta* weh, err err diorang ni tak de rumah, eh maksud aku (aku sangat gelabah time tu okay??cakap pon merapu.maklumlah first time cakap ngn 'dia')
Si dia : *senyum hensem* (sebab dia perasan yang aku sangat gelebah time tu. kengkonon cool habis la tu buat senyum gitu.haha)
Niena : errm camni.diorang takde transport nak balik rumah. boleh tak kau tolong tumpangkan diorang?
Si dia : (seingat aku dia tak cakap sepatah pon tapi dia setuju lah)
*lalu diorang pon masuklah dalam kereta mewah dia tu.yang aku pelik, macam mana si husna kawan baik soksek aku tu pon ada dalam kereta dia time tu. kah3..and aku pun tolong lah tutup pintu kan lepas diorang dah masuk tu tapi pintu tu plak terhegeh tak nak tertutup.banyak kali kot aku tolak pintu tu.kengkonon berat sangat.(scene ni macam takde motif tapi sekali lagi aku tegaskan.ini mimpi.dan mimpi sememangnya mengarut).*
Niena : husna!! hang pon ada! cess kurang hasamm..

haha begitulah merepeknya mimpi tu.tapi bahagiaa.haha.aku ingat dalam mimpi tu dia pakai baju melayu kaler hijau gelap(rasa macam dia takde je baju tu).kaler tu lebih kurang sama dengan baju melayu afiq semat(dia pon masuk mimpi aku tapi tak ingat apa role dia).

sekian kisah mimpi bahagia.

Thursday, October 4, 2012

it's almost started

kehidupan degree bakal bermula tak lama lagi.lameee.. orang lain semua dah masuk degree aku baru nak masuk.and it's 4 months to go still. sounds long but i dont think so. i mean, i need to prepare all the stuffs before the departure plus i got summer school programme throughout next january. so i think february is not that far. how do i feel?
firstly, bersyukur sangat sangat sangat atas segala kurniaNya.can say no more. tapi sedih 16 orang terpaksa berpecah.haih redha redhaa.

benci lah teringat kau nad! buat aku sedih je.
HAHA

shafiq pulak, teman yang sangat banyak membantu. si bijak pandai yang tak pernah lokek ilmu.tanyalah dia apa saja, ilmu dia bagi mencurah curah ke ladang gandum dan whooop! jadilah koko crunch..sapik oii sedih la kau tinggal aku kat auckland sengsorang.syahdunya bunyi. haha. susah dah nak kacau hidup kau pasni. teringat pulak kenangan kena marah ngan sapik dalam koop dulu. perghh sumpah makan dalam. sampai hati kau tinggi suara kat kitorang. daripada tengah gila, terus aku sentap tau. sumpah aku ingat episod tuh. hai dramatik pula bunyinya..

so kengkawan, good luck lah untuk semua.nanti melawat melawatlah kita yeww.. hihiii..

*reminiscing the memories of tesl 1.7. shed tears*

Wednesday, October 3, 2012

in denial

walaupun seronok dapat offer dari UoA, entah kenapa hati ni tak boleh terima hakikat yang Nadzirah Alias tak dapat U yang sama. kecewa. rasa tak semangat. dua tahun asyik study dengan dia di KMS akhirnya tiada jodoh antara kami. hmm moga kita bertemu lagi di lain hari.

Monday, October 1, 2012

offer letter

Alhamdulillah just checked the email and finally! got a good news to tell you :)

the email says...


 no more words.Alhamdulillah.all praise to Allah. :)




Sunday, September 30, 2012

politik yang membosankan


Tahu sebab apa tak suka dengar berita?
Tahu sebab apa tak suka baca paper?
Tahu tak sebab apa?

MAINSTREAM. 

Bosan dengan dunia politik yang asyik mengecam pihak itu dan ini. Kadang kadang pernah terfikir tak boleh ke sapa sapa pon yang memerintah negara, the rest bagi sokongan and try to mend their weakness? I mean, give them chance. Tak kisahla sapa sapa pon. Kenapa mesti ada je isu pihak ni salah dan pihak itu betul? On the other hand, pihak tu menipu dan pihak ini yang benar. Pihak itu yang langgar janji dan pihak ini yang tepati janji? I mean like, come on. Muda mudi zaman sekarang tak minat lah gaduh gaduh macam budak kecil.or memang kalau dapat mandat, semua orang akan gila kuasa. camtu? Tak cakap mana mana pihak betul atau mana mana pihak salah. Generally, dua dua pihak kebudak budakan bila asyik nak mencari kelemahan satu pihak yang lain. Bukan itu yang kita nak. Undian tu kan hak pengundi.jadi tak perlulah asyik nak bongkar segala salah pihak lain dan tunjuk kita yang betul. Haih. Camnilah, kita semua manusia biasa dan semua orang mahukan yang terbaik untuk Negara sendiri.Cuma tolonglah ubah cara. janganlah sampai terlalu nampak mahukan kuasa.walau bagaimana besar pun kuasa kita, tahu kan siapa Maha Kuasa?

Bila baca internet, pihak ini lah yang benar, pihak itu pula salah. Well, audience, viewers and listeners, kajilah setiap benda yang kita terima and jangan terima segalanya bulat bulat.siasat dulu betul betul. And paling penting, jangan sebarkan sesuatu jika kita tak tahu apa apa pasal itu. Nanti jadi fitnah.semua tahu kan beratnya dosa fitnah? As for me, kita memang nak pemimpin terbaik untuk negara kita kan? Tapi beware dengan cara kita.jangan sampai gopoh sampai makan diri dan negara sendiri. Hargailah tanah air kita ni. Cara kita menilai lain lain, jadi biarlah apa pon keputusan orang,hormatilah keputusan mereka. Usah mengutuk, menghasut atau rasa kita sentiasa betul. As for me, I believe, those who lead his family the best, then he’s the best leader.kalau keluarga sendiri pon gagal nak memimpin, macam mana nak galas tanggungjawab untuk satu negara.macam tu lah perumpamaannya.tapi itu pendapat saya personally.

And another thing is, bila hal hal membabitkan agama.janganlah terlalu pessimist memikirkan segalanya berkaitan politik.alahai.come on lah.tak kan sebab pessimist ceramah berbaur politik sampai ilmu yang sepatutnya dituntut pun ditolak.sayangnya. kadang kadang kesian juga ilmuan agama ditolak kerana perbezaan fahaman politik. Lagi sedih bila dua tokoh bergaduh gaduh di laman social. inilah jadinya bila niat terpesong. Malu lah dengan anak anak muda yang negok tuan tuan bergaduh. #OhMyMalaysia.

Walau macam mana pun.setiap individu atau parti memang ada pro and cons nya. Jadi jangan claim anda tiada cela.faham bukan? Buat para remaja, jangan jadi emotional bila bercakap hal hal politik.nampak sangat tidak matangnya.jangan kerana perbezaan politik kita membenci. Kalau masing masing tampakkan kesederhanaan, pasti harmoni hidup kita. undi sepatutnya dirahsiakan.jadi tiada guna berbalah tentang politik.

peace!


random quotes

can't swallow the pride neither of us wanna raise that flag
if we can't surrender then we both gonna lose what we have (Jordin Sparks_Battlefield)

if this was a movie you'd be here right now (Taylor Swift_If This Was A Movie)

Give me the chance to love you
I'll tell you the only reason why
Cause you are on my mind (Cody Simpson_On My Mind)

nampak tak tajuknya 'random'? jadi tiada makna apa apa. terlintas. tertulis.hanya itu.
haish. yang sebetulnya, sila rujuk lagu Dido_White Flag.yes. that's it.
confess? oh tidak. jika bukan, biarlah ia berlalu seperti plastik gula gula yang bersepah di jalan yang akhirnya ditiup angin.
moga hati ini redha jika bukan.
siapa ya? ha cuba teka.

kalau cukup kuat, mungkin sebelum fly dia akan tahu.
tapi macam mustahil akan berlaku.kah3.harapan.



someone

never mind i'll find someone like youuu.... *singing*
ohoi ini bukan lagu sedih pasrah macam adele tu. hanya sebagai pencetus bila sebut 'someone'.
ini tentang seseorang.
seseorang.ya.dia.siapa?

"When Rainbows End"
"My Little Kitchen"
"Roary"

itu nilai materialnya.mungkin nilai tak ternilainya lebih daripada itu.
btw, ini tidak jiwang ok? trimas.
i mean it.trimas :')

Saturday, September 29, 2012

ALevel Graduation Day

23rd September.---> ALevel Graduation Day at Kolej Mara Seremban.
it was a beautiful day i should say. :) so happy meeting all my classmates and other's classmates. #eh
hahaa.
hmm tapi tak sempat bergambar sangat dengan yang lain sebab rusing nak balik.

bakal bakal pendidik. ish gambar candid nih.teruk sungguh.

ish si mirali dengan sapik ni waktu sekarang la nak berdating pon. kantoi suda. hikhik

entah kenapa aku sorang fokus tempat lain :O

lovely flowers!!! uhuk2 they're wilting already.

meet them : niena, mirali, mira farzana and icey!

ni kat homestay nilai 3. aloloo semua nak bergambar dengan i.. awww..

love them!! <3 beyond words.